Friday, July 29, 2011

MELAKA

As salam peeps!

Hari Khamis lepas, saya ke Melaka dengan my babes a.k.a Yuh, Sazz, dan Mar..Agak lama jugak tak jumpa diaorang..yelah, masing-masing sibuk..so kebetulan Yuh ada di KL sebab ada event, dia ajak kitaorang jumpa..Actually unexpected plan nak ke Melaka..mula-mula plan nak ke PD tapi bila saya dah sampai KL, kitaorang decide ke Melaka..

Diaorang on the way ke Duta ambil saya..
Sementara tunggu saya sampai dari Ipoh, siap bedal nasi lemak 2 bungkus seorang *ok tipu..teehee

Akhirnya saya sampai..woah, tengok muka masing-masing excited dapat jumpa..
Okay, Melaka..here we comes!:D

R&R Seremban..Yuh nak tukar baju..kan plan asal nak ke PD so dia pakai simple ja sebab ingat kitaorang nak pergi mandi manda..haha bila dah tukar plan, haruslah tukar baju..baru la VOGEH+GOJES..kannn!?teeheee

After semua dah vogeh+gojes bagai, kitaorang pun sambunglah perjalanan ke Melaka dan lebih kurang pukul 2.00 petang, sampailah di Melaka Bandaraya Bersejarah..weeeeee :D


 Muzium Samudera

 Menara Taming Sari
Kelakar bila ingat balik masa naik menara ni, Saz and Mar menjerit..haha *kes trauma naik Solero Space Shot Genting..

Rehat sebentar bersama cendol dekat Bandar Hilir

Last captured before going back to KL

Dalam pukul 5.00 petang, kitaorang terus gerak balik ke KL..sumpah happy and enjoy dapat jumpa diaorang ni..gossipping, laughing,camwhoring..oh,how I miss them already..sob3

BISIK BISIK: Nik Fairus, Marz Azam, Ezrienne Syazwanie..sayang korang semua..nanti kita plan bercuti ke pulau pulak ok!:D

Wednesday, July 27, 2011

Friday, July 22, 2011

Segmen cx's : geng UiTM by campus


ctrl+c

UiTM Kedah
Degree in Islamic Banking
Akan masuk part 5 bulan September ni, InsyaAllah

so kawan-kawan UiTM, jom join segmen ni..
boleh tambah kawan2 dari UiTM yang lain :D

Wednesday, July 20, 2011

WORDLESS WEDNESDAY:RAMADHAN SEMAKIN TIBA


Sya'aban sudah hampir ke penghujungnya..
Semoga Sya’aban ini menjadi penguat dan persedian kepada ibadah kita pada Ramadhan yang mendatang.

Tuesday, July 19, 2011

DIA SUDAH..SAYA BILA LAGI??

 As salam peeps!

Sorry sebab lama tak update..busy dengan persiapan untuk majlis pertunangan kakak saya..plus with line broadband yang slow..ada siapa2 rindu saya tak?*ceh,bajet engkau blogger popular orang nak rindu2?=.=' 

Alhamdulillah..majlis pertunangan berjalan lancar..dan kakak saya selamat menjadi tunangan orang..:D

So let the pictures tell the story...

Sesi perbincangan kedua-dua belah pihak
Sarung cincin..kakak saya sebenarnya nervous time tu..huhu

Makan-makan
Kakak-kakak saya *tinggallah saya seorang yang single ;)
Yang ni dengan kakak ipar pulak :)
Abang dan kakak-kakak saya :)
Barang-barang hantaran..Yang color pink tu daripada pihak lelaki dan yang color purple tu daripada pihak perempuan
Inilah encik tunang kakak saya..Abg Farid..hoho

Tu diaa..cincin kasih sayang..aicehh
Seronok...gembira..suka..walaupun dibuat secara kecil-kecilan dan private tapi alhamdulillah everything going smoothly..

Sedih pulak bila mengenangkan yang kakak saya ni tak lama lagi akan menjadi milik encik tunang sepenuhnya..yelah, nanti saya dah takda teman tidur..aishh,takkan nak kena cari teman tidur yang lain..kihkihkih

Anyways, congratulations my sister and her fiance!May ALLAH bless the two of you

Monday, July 11, 2011

ALA OMAK..KAHWINKAN DEN..

As-salam peeps!

Lama tak update..bukan apa,line broadband dua tiga menjak ni asyik slow ja..aishh,saja nak bagi saya hilang mood untuk update..heee

Oh,tinggal enam hari lagi untuk majlis pertunangan saya kakak saya..gubahan hantaran hampir nak siap..sekarang ni berdebar menghitung hari..*yang engkau over ni kenapa?bukan engkau yang tunang pun..=.="haha..yang akan bertunang ni kakak last saya..jadi lepas ni tinggallah saya yang single mingle.. yang lain semua have been taken..*opss, saya single but not available..hikhik (gelak gatal..pangg kang)

Insyaallah, majlis pernikahan diaorang nanti bulan Mac tahun depan kott..ayah saya tak nak anak dia bertunang lama-lama..kan banyak dugaan masa bertunang ni..darah manislah katakan..lagipun insyaallah tahun depan mak ayah saya nak pergi tunaikan haji..ayah saya cakap kalau kakak saya tu dah kahwin sebelum diaorang pergi haji, diaorang dah tak risau sebab dah ada orang jaga..yang saya confuse, habistu saya yang tak kahwin lagi ni macamna?ayah saya tak risau ke?aishh, takkan ayah saya nak bawa saya pergi haji sekali kott..huhu ke ayah nak saya kahwin jugak tahun depan..hikhik *opss, gelak gatal lagi..

Anyway, saya berdoa semoga majlis pertunangan tu berjalan lancar..nanti saya nak curi sireh kakak saya tu pastu makan..orang cakap siapa yang makan sireh orang bertunang atau berkahwin ni nanti cepatlah orang masuk meminang dia..HAHA!ya ke??

Inilah saya kakak saya yang nak bertunang tu..;)


BISIK BISIK: Nak kahwin, kenalah buat ni dulu..things i wanna do before married

Thursday, July 7, 2011

TIKA INI KU HILANG NAFSU KEPADAMU

Awak jahat...
Awak sakitkan hati saya..
Awak kecewakan saya..

Masa inilah awak nak jual murah dengan saya..
Masa inilah awak tunjuk handsome depan saya..
Masa inilah awak tarik perhatian saya..
Tapi maaf...

Saya sudah hilang nafsu kepada awak..
Pergilah jauh-jauh..
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...

hilang nafsu nak shopping =.="

BISIK BISIK: Memanglah hilang nafsu sebab fulus non ado..aishh,tak boleh nak support bisnes kawan-kawan bisnes si cantik manis :p

Tuesday, July 5, 2011

DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER



Renung-renungkan dan selamat beramal :)

"THE WORLD NEEDS MORE POSITIVE PEOPLE..PERHAPS THE ONE LIKE YOU"

Sunday, July 3, 2011

THINGS TO DO AFTER A BREAK UP

As salam peeps!

Woah,tajuk entry..macam nak jadi Dr Cinta pulak kan..haha bukan apa, hari-hari saya tengok kat newsfeed FB kawan saya seorang ni update status asyik frust menonggeng bagai..duhhh, kasihan benor den tengok dia..tiba-tiba rasa terpanggil *chewahh nak buat entry pasal ni..

So what to do after a break up?*ceh,speaking ye engkau..;p

1. Mengadulah kepada Yang Esa..Allah Maha Mengetahui..ajal maut jodoh pertemuan semuanya ditentukan olehNya..berdoalah,mengadulah,menangislah kepadaNya..Allah sentiasa ada untuk hamba-hambaNya..dan di sini jugak kita akan temui ketenangan..

2.Simpan segala kenangan bersamanya..Masa bercinta dulu, mesti ada barang-barang yang EX kita bagi kan..so daripada kita tengok barang tu dan kita akan sedih, better kita simpan segala gambar kenangan dan barang-barang yang EX kita pernah bagi tu di tempat yang kita tak akan nampak..ataupun pulangkan barang tersebut kepada dia..ataupun buang terus..

3.Sibukkan diri..Jangan biar diri kita ni sendirian..sebab masa sendirian ni lah,kita akan fikir dan kenang semua kenangan bersamanya dulu..EX kita tengah happy dengan orang lain, kita sedih terfikirkan dia..so better kita sibukkan diri dengan aktiviti seperti rock climbing ke, go-kart ke,panjat gunung ke..kan boleh hilangkan masalah dan sedih kita tu..

4.Keluar dengan kawan-kawan..ajak kawan-kawan pergi shopping, tengok wayang, main futsal, atau melancong..kita akan rasa gembira dan tak sedih lagi dan mungkin jugak masa ni kawan-kawan kita akan kenalkan kita dengan seseorang..weet.weet

5.Melancong..Ambil cuti beberapa hari dan pergilah melancong sendirian..masa inilah kita boleh redakan kesedihan dan tenangkan fikiran..dan mungkin kita boleh berjumpa dengan kawan baru

6.Hargai diri sendiri..Pergi saloon rambut atau spa kecantikan..Ubah gaya rambut atau penampilan kita dan jadi THE NEW YOU..jadikan diri kita ini rasa hebat dan buatkan dia menyesal tinggalkan kita..

7.Fokus kepada masa depan kita..Putus cinta bukan pengakhiran segalanya..masa inilah kita fokus kepada kerjaya atau pelajaran kita..jadikan ini sebagai satu semangat untuk kita berjaya dalam hidup..

8. Mempersiapkan diri untuk hubungan yang baru..Masa ini, biar kita betul-betul sudah bersedia dan sudah pulih daripada kekecewaan yang lepas..jangan kita menjalin hubungan yang baru kalau sekadar mahu membalas dendam atau benci kepada EX kita..

 
Saya pun bukan pandai mana nak nasihatkan orang..saya pun pernah frust bercinta jugak..tapi sebagai manusia kita kenalah pandai-pandai handle perasaan kita ni..ye dok?

Teringat kata-kata Dr HM Tuah:

## Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah... kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas.

## Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya! Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya 'terpaksa' bercinta dengan Allah.


BISIK BISIK: Semoga saya tak akan frust bercinta lagi..Aminn :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...