Sunday, October 30, 2011

"Segmen Cik Bunny : Jom Blogwalking!"


Saya join segmen lagi
Kali ni "Segmen Cik Bunny : Jom Blogwalking!"


Mari ramai-ramai join segmen ni
Bukan apa, bolehlah kita menambahkan follower, mencari kenalan, dan menaikkan trafik :D
Kalau nak join klik sini
Tarikh tutup: 20 November 2011


WELCOME AND HAPPY READING PEEPS! :)

Friday, October 28, 2011

MID-TERM

As salam peeps!


Hari ni dah masuk 28hb Oktober dah. Cepatkan masa berlalu, sedar tak sedar dah sampai ke penghujung bulan. Means that saya sedang menghampiri mid-term test. Uwaaa, am i ready to face it? *geleng-geleng kepala =.='


4hb November ni dah start cuti mid-sem. Aishh, minggu depan saja lagi tapi kenapa rasa lambat sangat nak sampai ke 4hb? Cepatlah 4hb cepat..*ada orang cakap kalau seru 44x mesti menjadi sesuatu..kalau saya seru 44x "cepat 4hb cepat" maknanya 4hb tu akan cepat sampai la eh..aishhh,karut-marut ja semua tu kan..=.="


Hari Isnin ni saya ada test ISB 655 (Islamic Banking and Finance). Dahlah masuk 4 chapter tapi ni baru cover 1 chapter. Hari Rabu pulak saya ada test EC0 556 (Managerial Economic). Yang ni masuk 3 chapter tapi so far saya boleh faham, taklah risau sangat. Just kena rajin buat revision. Tapi masalah sekarang, mood rajin untuk study tak nak datang. Mood rajin untuk online dan tengok tv pulak yang datang..hurm *dush!dush! nahh amikk one big slap bagi tersedar dari lamunan..


ouchhh!

Aishh, tak boleh macam ni.tak boleh macam ni..Since this is my last semester in class, kenalah rajin kan. Kata nak dapat dean list..kuikui ;p


Okaylah, got to go peeps! Wish me luck in mid-term test :)

Monday, October 24, 2011

LELAKI PANDAI MASAK ITU KACAK

As salam peeps!


Terlebih dulu saya ingin mengucapkan takziah kepada penyokong pasukan Man U atas kekalahan bergaya semalam. Harap bersabar dan jadikan pengajaran supaya lain kali jangan terlalu over confident.*okey.okey jangan emo di sini. past is past kihkihkih


Okey entry ni bukan nak cakap pasal perlawanan Man U dengan Man City semalam. Tadi tengah duduk rehat-rehat dengan Cik Noni, kitaorang tengok rancangan 5 Rencah 5 Rasa dekat TV3.Perghh, masakan dia memang menggoda nafsu. Nasib baik tak puasa, kalau tak memang terliur yang amat.




Pengacara dia kacak bukan? 
Tiba-tiba saya rasa lelaki yang pandai masak itu kacak. 

  • Kacak sebab selama ini commonly dekat dapur adalah wanita. Jadi bila dia pandai masak dan selalu ke dapur, nampak dia seorang yang berkeyakinan tinggi untuk mengambil alih peranan wanita di dapur.
  • Kacak sebab lelaki itu pandai menggunakan pisau, sudip dan senduk dengan cara betul. *Contohnya, bila dia pegang pisau dan potong bawang, cili dengan laju, sumpah saya impress sebab saya pun tak selaju tu.(jujur =.=").
  • Kacak sebab lelaki tersebut dapat membuatkan diri wanita terasa istimewa bila dia dapat menyediakan makanan yang sedap.
Ni pendapat sayalah kenapa saya rasa lelaki pandai masak itu kacak. Anda pula bagaimana?hehe 


Jadi bolehlah lelaki yang pandai masak ni disenaraikan dalam pakej untuk bakal suami saya nanti supaya dia sentiasa nampak kacak di mata saya.;p

BISIK BISIK: MR SY saya pun pandai masak.ngeee *okey sila menyampah dengan saya ;p

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS


Jom join segmen ni.
Boleh tingkatkan followers dan trafik di samping berkenalan dengan blogger-blogger lain.
Kalau nak join, klik sini

Welcome and Happy Reading peeps!:)

Sunday, October 23, 2011

FINAL DESTINATION

As salam peeps!


Petang semalam saya dan Cik Noni menghabiskan masa weekend kitaorang dengan marathon movie Final Destination 1-5. Bosan duduk saja di rumah, kitaorang pun tengoklah movie yang dah lama terperuk dalam laci hihi ;p


I bet mesti ramai yang dah tengokkan movie Final Destination ni. Movie yang mengisahkan bagaimana sekumpulan manusia selamat daripada maut dalam kejadian ngeri selepas salah seorang daripada mereka mendapat "vision" sebelum kejadian ngeri tersebut berlaku. Tapi bila dah selamat, seorang demi seorang dalam kumpulan tersebut mati dan mereka yang tinggal berusaha untuk lari daripada kematian.




Movie ni kalau nak tengok untuk entertainment bolehlah..tapi jangan sampai terpengaruh pula.  Kita sebagai seorang Islam,  bukankah kita percaya bahawa mati itu pasti. Semua orang pasti akan mati cuma kita tak tahu cepat atau lambat sahaja masa kita. Dan yang menentukan kematian kita adalah kerja Allah. Mungkin kalau kita tahu bila ajal akan menjemput kita, kita akan menggunakan peluang yang ada untuk berubah dan bertaubat huhu.


Apapun,kita memang dituntut untuk mengingati mati. Sesungguhnya apabila telah ditetapkan waktu kematian bagi seseorang maka ianya tidak akan tertunda atau dipercepatkan walaupun sesaat.


Wallahualam.
Have a good day peeps!:)

Friday, October 21, 2011

RAHSIA DI SEBALIK SOLAT

As salam peeps! 


Sekadar untuk dikongsi bersama. 
Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan daripadanya. InsyaAllah :)


RAHSIA DI SEBALIK SOLAT

Niat Sembahyang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

Berdiri Betul
Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 

Takbiratul Ihram
Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

Al-Fatihah
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

Rukuk
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

 Iktidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur

Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotulmustaqim.

Duduk Antara Dua Sujud (awal)
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

Duduk Antara Dua Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar.

Tahiyat Akhir
Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh munkar & nakir di dalam kubur.

Selawat ke atas Nabi SAW
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

Salam
Memelihara kita di dalam kubur.

 Tertib
Akan pertemuan kita dengan Allah

credited to:Allah Seeker

Tuesday, October 18, 2011

KISAH MENYAYAT HATI

As salam peeps!


Mesti ramai dah tengok kisah menyayat hati adik Yuen ni. Saya sendiri rasa nak menangis tengok video ni masa TV3 siarkan dalam buletin utama. 




Ya Allah, sumpah saya kasihan dengan adik Yuen ni. Digilis sebanyak dua kali oleh van dan kemudiannya lori. Yang saya kesalkan, kenapa manusia-manusia yang lalu lalang di situ boleh buat tak tahu dengan adik Yuen ni? Kenapa mereka begitu sampai hati membiarkan adik Yuen menderita kesakitan? Hanya manusia ke-19 yang angkat dia letak di tepi dan bila mak dia datang tengok keadaan dia saya tahu bertapa sedihnya dia bila tengok anak dia dalam keadaan begitu.


Saya tahu mungkin kalau berlaku di Malaysia, masyarakat kita masih ada rasa bertanggungjawab dan nilai kemanusiaan untuk bantu adik ni.


Semoga kisah adik Yuen ni menjadi pengajaran untuk kita semua..



Tuesday, October 11, 2011

THERE'S ALWAYS ONE GUY THAT IS PERFECT FOR YOU

He’s not perfect.

You aren’t either, and the two of you will never be perfect
But if he can make you laugh at least once, causes you to think twice
and if he admits to being human and making mistakes,

hold onto him and give him the most you can
He isn’t going to quote poetry, he’s not thinking about you every moment
but he will give you a part of him that he knows you could break.

 Don’t hurt him, don’t change him, and 

don’t expect for more than he can give. Don’t analyse
.
 Smile when he makes you happy, yell when he makes you mad,

and miss him when he’s not there.

 Love hard when there is love to be had
Because perfect guys don’t exist
but there’s always one guy that is perfect for you.

macam tak kena dengan entry je..HAHA :p
QUOTED FROM: GirlsGuideTo

BISIK BISIK: Saya harap saya sudah jumpa MR Perfect saya ;)


Monday, October 10, 2011

USAH BERSEDIH SAHABAT!

KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja)
mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan
sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ~ Surah Al-Ankabut
ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui ~ Surah Al-Baqarah
ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya ~ Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih
hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya),
jika kamu orang-orang yang beriman ~ Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah
kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan
bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. ~ Surah Al-Imran
ayat 200

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang
demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, ~
Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan
harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. ~ Surah At-Taubah
ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya
aku bertawakal ~ Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. ~ Surah
Yusuf ayat 87




SOURCE:  Jom Sayang

Thursday, October 6, 2011

DEMAM

As-salam peeps!


Sorry sebab dah lama tak update..
Saya tak sihat dua tiga hari ni..demam..sob sob
Ini pun kepala dah tak ting tong sangat..
So bolehla nak menaip sikit even just a short update *so dah tak rindu saya kan?chehh perasan pulak saya ;p


Anyway, doakan saya kembali sihat okay..
Good night peeps!

Saturday, October 1, 2011

NEW SEMESTER

As salam peeps!


Huh, penat perah otak study Financial Statement Analysis tadi. Jadi saya rehat sekejap dan rasa macam nak update sekejap blog kesayangan ni teehee. *sempat lagi tuu..;p


Sudah dua minggu di Kedah,then semalam saya sampai di Ipoh. Oh,baru dua minggu saya sudah homesick *ekeke siapa suruh kerajaan bagi cuti lama-lama dekat student degree kann ;p. Dua minggu jugak saya sudah masuk semester baru..so far so good..and hope semester ni saya tidak sesibuk macam semester lepas.


Balik Ipoh ni saya tak boleh nak kepit bawah ketiak mak sangat sebab saya kena study sikit untuk quiz Financial Statement Analysis minggu depan. Memang haruslaa bawa balik buku sekali sebab saya tak expert lagi dalam calculation dia. Risau laa jugak sebab dalam kelas, saya masih terkial-kial lagi tapi Cik Noni dah dapat jawapan huhu. So kenalah berkorban dan berusaha lebih sedikit kan demi memastikan saya tidak terkial-kial lagi.


Anyway peeps, wish me luck.Doakan saya dapat jawab quiz nanti. Doakan saya tak terkial-kial nak jawab soalan calculation huhu. Okaylah, nak sambung study. Till then...


Hari-hari kelas.Hari-hari cam-whored ;p


BISIK BISIK: Saya rindu MR SY *cehh, sempat lagi rasa rindu tu..;)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...