Saturday, November 26, 2011

1433H

As salam peeps!




Abu Hurairah r.a berkata, "Setiap kali datangnya tahun baru membuat aku risau dan resah kerana semakin singkat umurku, semakin dekatnya ajalku, semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku, semakin dekat hari perhitunganku.."

Lakukanlah hijrah diri ini ketika kita masih mampu melakukan amal ibadat. Lakukan hijrah tatkala Allah memberi kelapangan masa dan kesihatan kepada kita. Lakukan hijrah diri ini ketika diri masih diberi peluang. Lakukan hijrah diri ketika diri masih muda. Lakukan hijrah diri ini tatkala nyawa kita masih belum sampai di halkum. Kelak, jika hijrah diri ini tidak disambut, kitalah manusia yang paling rugi dan paling malang di dunia dan di akhirat. 
(dipetik dari sini)


BISIK BISIK: SALAM MAAL HIJRAH 1433H peeps! Kata seorang teman. "Berubah kearah kebaikan walaupun sedikit sudah cukup. Dari tak berubah langsung". Saya pun tidak sesempurna mana tapi manusia boleh berubah kan? Semoga diri kita dan kehidupan kita menjadi lebih.lebih.lebih baik daripada sebelumnya. 



Sunday, November 20, 2011

20.11.2011

As salam peeps!


Tiba-tiba rasa nak update sebelum tidur. Tidur awal pada malam minggu, memang tak remaja kan saya? Ahaha. Apakan daya, kepala saya sangat berat ketika ini. Tapi digagahkan jugak sebab keinginan untuk mengupdate blog meronta-ronta *chewah,ayat engkau mesti nak hiperbola kan kehkeh 


Cantikkan tarikh hari ni..20.11.2011? Mesti ramai yang buat tarikh ini sebagai tarikh kahwin ataupun tunang..almaklumlah, tarikh cantik plus senang untuk ingat. Member saya ada dua tiga orang kahwin dan tunang hari ini tapi saya tak dapat nak datang sebab saya tak cuti pada hari Ahad huhu. Maafkan saya ya kawan-kawan. Tapi, tak datang tak bermakna saya tak mendoakan kebahagiaan mereka kan.:D


Kepada readers saya yang bertunang atau berkahwin pada hari ini, saya ucapkan tahniah dan semoga kalian berbahagia dan dirahmati olehNya.


my turn will coming soon..*aiceh,gatal!haha


Okeylah, kepala saya tidak mengizinkan saya untuk menulis lebih panjang lagi. Selamat Malam!


BISIK BISIK: Tahniah pasukan Harimau Muda Malaysia sebab berjaya ke peringkat akhir dan bertemu pasukan Garuda. Semoga ada rezeki untuk kita pada 21hb ini. InsyaAllah, Aminn..



Wednesday, November 16, 2011

BUAH HATI BARU

As salam peeps!


Aucakk!Rindu saya tak?*ada kee orang rindu..huu. Maaflah sebab dah lama tak update.*fuhh.fuhh dah berhabuk blog ni. Al-maklumlah sibuk dengan test, homework, assignments, cuti. Inipun saya curi sedikit masa untuk melepaskan rindu kepada blog picisan saya ni dan membuang habuk-habuk yang ada.teehee


Seminggu berlalu, cuti sudah habis bro. Bermulalah kembali kesibukan sebagai pelajar. Assignment, test, homework, presentation sudah menanti. Baru saja balik dari KL-Ipoh, sudah mula rindu dengan buah hati, terutama mak ayah dan anak-anak kesayangan. Rindu dengan buah hati baru, Irfan Iftitah. Babysit Irfan Iftitah is wonderful moments. Oh gosh, how I'm really miss this little baby.


Rupanya mencabar sungguh tugas seorang ibu ni. Tengok kakak saya menjaga Irfan, ya saya tahu ia bukan mudah tapi itulah pengorbanan seorang ibu. Risau jika anak menangis tak berhenti, bangun di tengah malam untuk menyusukan anak, berjaga sehingga anak tidur baru kita boleh tidur, sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. That is why our mother is SUPERWOMAN!


Ah, tiba-tiba saya teringat ada sekali tu kakak saya ke kedai, tinggalkan Irfan sekejap dengan saya. Mula-mula memang dia duduk senyap tapi tiba-tiba dia menangis. Mahu diberikan susu, dia masih susu badan.  Apa yang saya patut buat? Saya angkat, dukung dia..pujuk.pujuk dia..tapi  semua tu tak jalan. Dia menangis tak berhenti. Saya diserang panic attack. Tiba-tiba saya rasa nak check pampers dia. Nahhh, dia uuk (berak). Adoyaii, serius saya tak tahu macamna nak cuci  *Sebenarnya belum mampu untuk mengelap dengan kertas tisu basah ataupun membasuhnya =.=". Saya terus panggil rescue 911 *siapa lagi..emak sayalah huhu. Emak sayalah yang menukar pampers Irfan, sambil tu dia bising kepada saya suruh saya belajar tukar pampers baby supaya nanti bila saya dah ada anak senang.*aci tak kalau saya nak suami saya yang tukarkan pampers anak saya nanti kihkih ;p


Oh, gosh tak sabar nak tunggu Irfan pandai merangkak, berjalan, bercakap..Jadi budak baik dan bijak ya Irfan!





Thursday, November 3, 2011

#1 SPONTANEOUS THURSDAY






"Beautiful people are not always good but good people are always beautiful"
(Saidina Ali R.A)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...