Friday, December 30, 2011

Segmen:Jom Upkan Follower Bersama Deyawanny


As salam peeps!

Tengah blogwalking blog cik Shera ni, ternampak entry segmen ni. Memandangkan dah lama tak join segmen, tiba-tiba rasa nak join jugak

 

Apa yang bestnya blog saya ni? Saya sendiri pun tak tahu. Maklumlah saya pun baru awal tahun ni menulis blog. Jadi, mungkin masih ada yang terkurang. Nak dibandingkan dengan blog-blog bloggers yang lain, blog saya masih dalam tahap biasa-biasa. Tak adalah sehebat dan sebest mereka *kott (merendah diri..huhu ;p)

Kalau anda semua nak join, just klik banner tu. Marilah kita join ramai-ramai. Boleh tambah follower dan kenalan. Lagipun, kalau anda bertuah, anda akan dapat hadiah.hihi


WELCOME AND HAPPY READING PEEPS!

Thursday, December 29, 2011

AWAK, JODOH ITU RAHSIA ALLAH


"Awak, jodoh itu rahsia Allah. 
SEKUAT mana awak setia,
SEHEBAT mana awak merancang,
SEJAUH mana awak menunggu,
SEKERAS mana awak bersabar,
SEJUJUR mana awak menerima saya,
Jika ALLAH tidak menulis jodoh kita bersama, kita tetap tidak akan bersama"

BISIK BISIK: Tetap berharap dan mendoakan yang terbaik untuk saya dan dia

Saturday, December 24, 2011

BERJIMBA-JIMBO

As salam peeps!


Am now at Ipoh..weeee. Heaven rasanya dapat berada di rumah manis rumah (home sweet home). Mengharungi tiga minggu yang hectic memang memenatkan. Penat otak, penat tangan dan penat badan. Tapi semua tu hilang bila dapat melihat wajah buah-buah hati kesayangan. :DD


Akhirnya minggu yang memenatkan berakhir Khamis lepas dan semalam saya dan Cik Noni keluar berjimba-jimbo. Nak dekat sebulan tahu kitaorang tak keluar berjimba-jimbo ni. Tiap-tiap minggu ada saja aktivitinya; modul, trip course, dinner faculty, Dato' Seri Najib datang UiTM Kedah, submit assignment, presentation, test dan inilah membuatkan kaki kitaorang terikat untuk berjimba pfttt. Oh ya!Entry ini bolehlah dikatakan sambungan kepada entry  Kau Mampooo.Sila baca dengan sabar.kehkeh 


As usual, tempat kitaorang berjimba-jimbo di Central Square Mall. Sampai-sampai saja, kitaorang terus pergi makan. Nak makan nasi tapi TERRnampak Pizza Hut, jadi rasa macam mampooo pulak untuk lunch di situ.kehkeh.


Tengok menu dulu . Nafsu makan makin tinggi sekarang ni. Nampak semua sedap, semua nak makan. Aishhh

 Akhirnya saya memilih Spaghetti Meatball Bolognaise+Air Pepsi dan Cik Noni memilih set Pizza Garlic Butter. Pizza dia sedap tapi apakan daya saya sudah kenyang melahap makan spaghetti.huhu

Dah kenyang suka hati, kitaorang naik ke tingkat atas pulak. Hajat di hati nak main boling, tapi sudah lebih pukul 2, tak boleh nak guna harga student.Jadi, kitaorang decide untuk menonton movie. Nak menonton movie Songlap tapi macam tak ada sangat feedback dari kawan-kawan FB tentang movie ni, jadi kitaorang menontonlah movie Abang Tom Cruise yang handsome tu.
Tak sabar nak tunggu movie Tujuh Petala Cinta . macam best je ;)



Superb best Ghost Protocol! Aksi Abang Tom Cruise mendebarkan dan masih mantap. Tempat yang cantik dalam movie ni masa dekat Dubai.Perghh, rasa macam nak pergi honeymoon nanti dekat sana haha. Yang penting, kehandsomean Abang Tom Cruise tidak dimamah usia.Melting tengok dia ;p 

Dah habis menonton, Cik Noni ajak try ais blended Cool Blog. Kedai ni baru buka rasanya. Not bad ais blended dia. Harga pun tak mahal. Hanya RM3.50 sahaja.


 Kedai ni so pinky-pinky
Mocha and Cappucino Blog siap!
Mine is Cappucino and Mocha is Cik Noni's

Kalau datang Central Square Mall, tak sah kalau tak singgah The Store. Ingat nak cari hadiah birthday untuk MR SY tapi tak jumpa yang sesuai.*Awak, postpone dulu hadiah birthday ye?hihi ;p Turun ke bahagian ladies, TERRtengok bahagian kasut. Tengok punya tengok, try punya try, saya TERRbeli sepasang kasut. Opss!;p
Macam nak hadiahkan untuk MR SY..tapii..
Sesi try kasut! Year End Sale laa katakan.

Yess, dapat kasut baru untuk praktikal tahun depan.;)

Kau mampooo??;p

Maaf jika entry ini tak menahan poyonya. Apakan daya, masih mampooo untuk shopping walaupunnn hanya di Central Square Mall.kehkehkeh ;p


BISIK BISIK: Lepas ni dah tak boleh nak berjimba jimbo sangat tskk. Harus fokus untuk final exam yang akan bermula 5hb Januari ni. Harap-harap ini adalah final exam yang terakhir, InsyaAllah..aminnn

Thursday, December 22, 2011

WAKTU, CEPATLAH ENGKAU BERLALU...

Cemburu melihat teman bersama kekasih hatinya
Terkenangkan dia di sana.
Wahai waktu, cepatlah engkau berlalu
Supaya lekas kami bersatu
Hati ini sudah tidak tahan menanggung rindu


Saturday, December 17, 2011

SWEET!

A guy out there was meant to be the love of your life,
 your best friend,
your soul mate,
the one you can tell your dreams to.
He'll smile at you, but he'll never laugh at your heart.
He'll call to say goodnight or just cause he is thinking of you.
He'll look in your eyes and tell you,
you're the most beautiful girl in the world
and for the first time in your life, you'll believe it.




BISIK BISIK: Lama tak update..sorry peeps!.=.="

Friday, December 9, 2011

KAU MAMPOOO??

As salam peeps!


Aucakk!! Sihat ke uols? Harap-harap semua sihatlah hendaknya. Lama tak menulis. Lately ni, more to wordless and spontaneous kan huhu. Maaflah, nak menulis ni kena banyak idea dan masa..dan kesemua masa dan idea dah dicurahkan ke dalam assignment yang sangatlah banyak *perghh, alasan yang tak boleh blah!kehkeh ;p


Tajuk entry saya tak menahan kan *gila poyo dan bajet habis!HAHA ;p. Minggu lepas saya dan Cik Noni keluar ke Central Square Mall. Hajat di hati sebenarnya nak menonton tapi masa tu tak ada movie yang best. Yang ada hanya movie Misteri Jalan Lama yang misteri habis tu. kehkeh. Saya baca review movie ni daripada kawan di FB semua negative and finally kitaorang decide untuk main boling.


Tapi before main boling, kitaorang pergi makan dulu. Perut udah lapar dong! Disebabkan Cik Noni nak makan nasi, jadi kitaorang pergilah ke De Sabai Cafe yang terletak di tingkat 4 *amboi, dah macam gaya pengacara Jalan-jalan Cari Makan pulak ;p. Okay, cafe ni macam agak mahal compared to kedai makan yang kitaorang biasa pergi tapi dah ni versi KAU MAMPOOO kann, so apadahal derr..;p


Kitaorang nak order makanan bukan main lama. Yelah, bukan main nampak mahal sedap makanan dia huhu ;p. Setelah mengira-ngira bajet yang ada, akhirnya saya memilih nak makan Nasi Goreng Oriental dan Fresh Orange sementara Cik Noni makan Nasi Goreng Siam dan Fresh Apple.



       sementara  menunggu makanan sampai, snap picture dulu yaww!
Nasi Goreng Oriental+Nasi Goreng Siam+Fresh Orange+Fresh Apple...nyum!nyum!


Okay, bila dah kenyang gendang gendut tali kecampi, kitaorang pergilah main boling. Harga game boling dekat sini sangatlah murah untuk student iaitu RM 2.50 per game. So total untuk kitaorang main RM13.50 untuk dua game include with kasut.


Aiceh,masing-masing tak sabar nak tunjuk bakat terpadam terpendam
opsss..ada 'unggas' di lane sebelah..mak memalu noks!

Cik Noni muka pasrah sebab juara bertahan tetap milik saya!kahkah ;)
Juara bertahan..ehem.ehem ;p
Lepas main boling, kitaorang masuk The Store pulak. Cik Noni nak tengok kasut. Tengok punya tengok, try punya try, Cik Noni dilanda tamak hiperbola.Dia TERRbeli dua kasut. *grrrr, mak tak mampoo noks!


Cik Noni dilanda scarcity
Kau MAMPOOO?? 
Muka puas dapat rembat dua kasut
Kau MAMPOOO??
Maaflah kalau entry ni gila poyo atau boleh membuatkan mulut berkata euwww dengan tajuk yang tak menahan tu. HAHA tapi apakan daya di hujung-hujung semester ni, kami MAMPOO nak shopping walaupunnn di Central Square Mall yang tak semegah tu.kehkehkeh jangan marah naaa ;pp


BISIK BISIK: Assignment bertimbun, test berderet..arghh, diri dilanda homesick :'(

Wednesday, December 7, 2011

WORDLESS WEDNESDAY: BERTABAHLAH

source: Islamic Thinking
BISIK BISIK: Bertabahlah menghadapi minggu-minggu terakhir di akhir semester degree =.="

Friday, December 2, 2011

KUTUB UTARA KUTUB SELATAN

"Long distance relationships are one of the hardest to maintain, but trusting your partner brings your relationship one step closer" (copy paste from blog Cik Marya )

Being in a long distance relationship memang menguji kesabaran dan menduga kepercayaan dan kesetiaan kita terhadap pasangan. 

Saya akui sometimes it's hurt being in a long distance relationship. Yelah, dengan seorang di kutub utara, seorang di kutub selatan..jumpa pun dua tiga bulan sekali. Hanya call, sms, dan ym saja menjadi penghubung. Bila housemate keluar dating, saya adakala jealous. Kadang-kadang mengadu dengan MR SY, tapi dia hanya mampu menyuruh saya bersabar..tak lama saja lagi nak berjauhan pun. 

Hurm, saya hanya akur dengan jarak yang memisahkan kami ni.
Ya, tak lama saja lagi...
Oh, hati..bertabahlah

taken from friend's

BISIK BISIK: Saya Rindu Dia.....

Thursday, December 1, 2011

#2 SPONTANEOUS THURSDAY






A beautiful doa| A husband said this to his wife:-


If Jannah (heaven) was a flower I would pick it for you,
If Jannah was a bird I would catch it for you,
If Jannah was a house i'd build it for you,
but since Jannah is a place no eyes have ever seen,
I make doa to ALLAH to reserve it for you~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...