Monday, January 23, 2012

SHORT UPDATE

As salam peeps!


Fuhhh, lamanya tak update blog kesayangan ni. Dah berhabuk cukup heee. Maaflah kawan-kawan. Line berokband dekat rumah ni teramatlah lambat macam babi siput babi..grrr


Pejam celik pejam celik sudah dua tahun saya di bumi Merbok. Akhirnya 18hb lepas i'm unofficially graduate. Hee belum officially lagi sebab kena complete kan dulu practical training and thesis. Ngeri bila fikirkan thesis ni. Bak kata speaker untuk seminar research proposal hari tu, research ni kena buat dengan kasih sayang. Kalau tak memang tak menjadi. Aishhh sumpah nervous!


Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu, saya dapat pun tempat untuk praktikal. Ketaq la gilaa bila dah nak sampai ke last paper tak dapat-dapat tempat lagi and suddenly my sister texted kata dah dapat tempat. Tapi tulaa cuma tak dapat confirmation letter lagi, plus kata maybe saya akan start lambat from my others friends. Erm, that's why Rabu or Khamis ni, akan terus ke Bangi settlekan mengenai praktikal.


Harap semuanya dipermudahkan. Saya stop sini dulu ye kawan-kawan. Will update later when everything is settled. Miss you guys!

Tuesday, January 10, 2012

BAUCER BUKU 1 MALAYSIA

As salam peeps!


Lega rasanya dah lepas empat papers. Sekarang tengah menikmati gap lebih kurang seminggu untuk dua papers yang seterusnya. Bolehlah berfoya-foya *Der, ilmu tak penuh di dada lagi. Tak payah nak berfoya-foya sangatlah huhu ;p


Hari ni agihan baucer buku 1 Malaysia. Sampai ke petang saya tengok students beratur panjang untuk ambil baucer ni. Fuhh, nasib baiklah saya dan Cik Noni pergi pukul 11 lebih tadi, jadi tak kena beratur panjang. Oh ya, baucer ni akan tamat tempoh pada 31 Mac 2012. Jadi bolehlah semester depan anda guna baucer ni untuk beli buku yang berkaitan dengan course. Saya pun tak tahu lagi nak beli buku apa memandangkan semester depan dah praktikal.Haruslah pergi tengok dekat Popular dan MPH buku apa yang best untuk dibaca.


Haa,tadikan masa nak ke surau, terdengar perbualan dua orang budak lelaki ni.

Lelaki A: Ko dapat baucer ni, ko nak beli buku apa?
Lelaki B: Aku nak beli novel.
Lelaki A: Novel apa?
Lelaki B: Novel Ombak Rindu dan Nora Elena

Tersenyum saya dengar budak lelaki tu kata nak beli novel Ombak Rindu dan Nora Elena (Kasih Yang Suci, kalau tak silap saya tajuk novel tu). Alahai, budak lelaki pun layan jugak eh cerita ni..sampai sanggup nak beli novel hehe ;D


Siapa yang dah dapat baucer buku ni, jom kita shopping buku ramai-ramai..teehee :D

Kalau baucer buku ni boleh tukar dengan duit, dah boleh beli handphone sebijik.huhu


BISIK BISIK: Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan saya seperti berada di tepi pantai sambil berombak rindu. chewahh

Saturday, January 7, 2012

AKU SEBUAH TELEFON BIMBIT

Aku dilahirkan sebagai sebuah telefon bimbit. Namaku Samsung SGH-Z170, abang kepada Samsung Galaxy-galaxy yang ada sekarang ini. Aku dilahirkan di Korea. Badanku berwarna hitam tetapi aku disediakan dengan kulit yang lain yang berwarna merah supaya nanti mudah untuk aku jika ingin bersalin kulit. Pada suatu hari, aku dibawa ke Malaysia bersama rakan-rakanku yang lain. Aku dijual di sebuah kedai telefon bimbit dengan harga RM700++. 


Aku kemudian dimiliki oleh seorang gadis yang comel. Dan bermulalah perkhidmatanku yang tidak berbelah bagi kepada tuanku. Aku digunakan untuk menghubungi sesiapa yang diinginkannya, menyampaikan pesanan ringkas, dan menyimpan pelbagai data. Aku juga bertugas menjadi jam loceng kepada tuanku.


Setelah digunakan selama dua tahun, aku mula jatuh sakit. Tenagaku semakin lama semakin kurang. Tetapi aku setia untuk berkhidmat dengan tuanku walaupun kadang-kala aku merajuk kerana terdengar tuanku ingin menggantikanku dengan adikku, Samsung Galaxy.


Semakin lama, aku sudah tidak berdaya lagi dan pada suatu malam, aku sudah tidak boleh meneruskan khidmatku lagi. Kemudian, tuanku beralih kepada Pakcik Motorola yang kudratnya tidaklah berapa kuat.


Dan baru-baru ini, Pakcik Motorola juga sudah tidak berdaya untuk memberikan khidmatnya kepada tuanku. 


Kepada tuanku, tak reti-reti lagi nak cari pengganti kami??


BISIK BISIK: Handphone saya rosak terus!Sekian. :'(

Sunday, January 1, 2012

TUTUP BUKU LAMA, BUKA BUKU BARU

As salam peeps!


Selamat Tahun Baru 2012. Alhamdulillah, sudah sampai ke tahun 2012 dan masih diberi kesempatan sehingga ke saat ini untuk menikmati tahun baru. 2011 berlalu dengan kenangan manis dan pahit yang sekali lagi akan menjadi panduan untuk saya meneruskan hidup. 


Azam tahun baru? Tak ada azam tapi rasanya cukuplah menjalani kehidupan ini dengan sebaik mungkin dan mudah-mudahan peningkatan umur seiring juga dengan peningkatan amal kepadaNya.


Januari 2012, 

  • InsyaAllah, akan menjadi bulan terakhir saya di UiTM Merbok. Walaupun stress dengan tak dapat lagi tempat untuk praktikal, tapi saya percaya rezeki itu ada di mana-mana. InsyaAllah ada tempat praktikal, mungkin lambat saja untuk saya.*sedapkan hati huhu
  • Final exam akan bermula 5hb ni. Semoga segalanya dipermudahkan dan mudahan ia menjadi final exam yang terakhir.
  • Bulan kelahiran MR SY. Maaf sayang, tak dapat nak meraikan bersama sebab exam tapi doa saya sentiasa mengiringi perjalanan hidup awak.
  • Blog kesayangan genap berusia 1 tahun pada 25hb ni, InsyaAllah.

Apapun diharapkan, semoga tahun 2012 akan dapat kita tempuh dengan penuh kesabaran, ketabahan, dan kesyukuran. Semoga membawa lembaran baru yang bermakna dalam hidup kita.

2012, tolong baik kepada saya ;)


Growing old is mandatory. Growing up is optional-IniAnwarHadi
BISIK BISIK: Saya akan bertambah "dewasa" tahun ini. Oh,goshhh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...