Wednesday, February 22, 2012

#2 KATA HATI

Permainan takdir adakalanya pedih untuk dihadapi
Tidak semua apa yang kita mahu kita akan dapat
Namun yakinlah,
Allah tidak akan menganiaya hamba-hambaNya
DIA tidak beri apa yang kita mahu tapi apa yang kita perlu
Pasti apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya

Kuatlah hadapi hidup ini
Walaupun adakalanya sukar, Allah ada bersama kita


Monday, February 20, 2012

#1 KATA HATI

Nasib orang lain-lain
Setiap orang dah ditentukan rezeki masing-masing
Tinggal bagaimana untuk kita berusaha mencorak hidup kita
Jangan dicemburui kelebihan orang lain
Mungkin dia berhak dapat 

Belajar untuk menerima segalanya dengan ikhlas dan syukur
Mungkin Allah tak bagi hari ini sebab Dia simpan untuk masa depan


Monday, February 13, 2012

KISAHNYA : PRAKTIKAL DAN THESIS..

As salam peeps!


Now is lunch time tapi sebelum tu, saya nak lepaskan rindu sekejap dengan blog kesayangan ni heee. 


Pheww, banyak kerja hari ni nak kena settle. Nasib baik dah settle semua pukul 12 tadi. Bahagian kewangan di tempat praktikal saya ni ada tiga program: 1. Program Belanjawan, 2. Program Perolehan dan Pengurusan Aset dan 3. Program Pengurusan Akaun. Sekarang saya ditempatkan di Program 2. Sepatutnya saya bermula dari Program 1 tapi disebabkan penyelia saya tak ada di minggu pertama saya lapor diri, jadi saya terus ditempatkan di Program 2 dahulu. Tiba-tiba saya suka dan bersemangat dengan praktikal masa degree ni sebab waktu di pejabat diisi dengan kerja yang bertimbun. Barulah berbaloi penat lelah saya. *memang pekerja berdedikasi kan saya..kahkah. Bukan apa, nak dibandingkan praktikal masa saya diploma dulu..memang saya tak banyak boleh belajar. Maaf cakaplah, boleh dikatakan saya ni hanya budak suruhan untuk staf di situ =.="


Thesis oh thesis..26hb ni dah kena hantar draft research. Tajuk pun tak lepas lagi ni, macamnalah saya nak proceed dengan thesis saya ni? Hmmm. Puan advisor saya sangat sibuk sampaikan dia tak sempat nak baca and reply email saya. Adoyaiii..haraplah minggu ni dia dapat reply email saya sebab masa makin suntuk..huhu


Okeylah kawan-kawan, perut saya dah menyanyi-nyanyi lagu "Awan Nano". Saya stop dulu ya!Jumpa lagi..
Have a nice day peeps!

BISIK BISIK: Bilalah boleh dating dengan MR SY ni..huhu

Wednesday, February 8, 2012

RANDOM

As salam peeps!

Sebelum nak berceloteh, saya nak buang segala habuk yang ada..fuhh.fuhh. Kawan-kawan rindu saya tak?kehkeh *bajet  ada orang rindu letteww.Maaflah kawan-kawan ya atas ketidakupdatean saya. Inipun saya curi-curi masa update di office sementara semua tengah minum pagi.


01hb lepas, saya dah start berpraktikal. Dah jadi wanita bekerjaya tak rasmi haha. So far okaylah. Walaupun tak banyak kerja macam coursemate yang lain tapi ada jugak benda yang saya belajar. Kena ringan mulut bertanya ada kerja tak untuk saya. Kalau saya tak buat macam gitu, sampai sudah saya banyak kerja termenung huhu *berdedikasi tak saya?kehkeh. Memang hati meronta-ronta, fikiran terbayang-bayang nak update blog bila dah balik kerja tapi apakan daya bila tibanya malam, mata ni seakan-akan layu di hujung mekar *gila metafora ayat..teehee ;p

06hb lepas birthday saya..*motif??haha. Officially 21thn + 4 sudah saya hoho ;).Sudah meningkat dewasa..aicehh. Lepasni I have to behave like adult kihkih. Menghadapi hidup ini dengan lebih matang.  Semoga kehidupan saya lebih.lebih.lebih baik dan semoga orang cepat masuk meminang *untuk perhatian MR SY..haha gataii ;p

Okeylah kawan-kawan. Nanti saya update lagi.
Have a nice day!

BISIK BISIK: Ramai cakap saya umur 21 tahun. acane?? *bangga..haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...