Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

AWAK, JODOH ITU RAHSIA ALLAH


"Awak, jodoh itu rahsia Allah. 
SEKUAT mana awak setia,
SEHEBAT mana awak merancang,
SEJAUH mana awak menunggu,
SEKERAS mana awak bersabar,
SEJUJUR mana awak menerima saya,
Jika ALLAH tidak menulis jodoh kita bersama, kita tetap tidak akan bersama"

BISIK BISIK: Tetap berharap dan mendoakan yang terbaik untuk saya dan dia

Thursday, December 22, 2011

WAKTU, CEPATLAH ENGKAU BERLALU...

Cemburu melihat teman bersama kekasih hatinya
Terkenangkan dia di sana.
Wahai waktu, cepatlah engkau berlalu
Supaya lekas kami bersatu
Hati ini sudah tidak tahan menanggung rindu


Saturday, December 17, 2011

SWEET!

A guy out there was meant to be the love of your life,
 your best friend,
your soul mate,
the one you can tell your dreams to.
He'll smile at you, but he'll never laugh at your heart.
He'll call to say goodnight or just cause he is thinking of you.
He'll look in your eyes and tell you,
you're the most beautiful girl in the world
and for the first time in your life, you'll believe it.




BISIK BISIK: Lama tak update..sorry peeps!.=.="

Friday, December 2, 2011

KUTUB UTARA KUTUB SELATAN

"Long distance relationships are one of the hardest to maintain, but trusting your partner brings your relationship one step closer" (copy paste from blog Cik Marya )

Being in a long distance relationship memang menguji kesabaran dan menduga kepercayaan dan kesetiaan kita terhadap pasangan. 

Saya akui sometimes it's hurt being in a long distance relationship. Yelah, dengan seorang di kutub utara, seorang di kutub selatan..jumpa pun dua tiga bulan sekali. Hanya call, sms, dan ym saja menjadi penghubung. Bila housemate keluar dating, saya adakala jealous. Kadang-kadang mengadu dengan MR SY, tapi dia hanya mampu menyuruh saya bersabar..tak lama saja lagi nak berjauhan pun. 

Hurm, saya hanya akur dengan jarak yang memisahkan kami ni.
Ya, tak lama saja lagi...
Oh, hati..bertabahlah

taken from friend's

BISIK BISIK: Saya Rindu Dia.....

Thursday, December 1, 2011

#2 SPONTANEOUS THURSDAY






A beautiful doa| A husband said this to his wife:-


If Jannah (heaven) was a flower I would pick it for you,
If Jannah was a bird I would catch it for you,
If Jannah was a house i'd build it for you,
but since Jannah is a place no eyes have ever seen,
I make doa to ALLAH to reserve it for you~


Tuesday, October 11, 2011

THERE'S ALWAYS ONE GUY THAT IS PERFECT FOR YOU

He’s not perfect.

You aren’t either, and the two of you will never be perfect
. 
But if he can make you laugh at least once, causes you to think twice
, 
and if he admits to being human and making mistakes,

hold onto him and give him the most you can
. 
He isn’t going to quote poetry, he’s not thinking about you every moment
, 
but he will give you a part of him that he knows you could break.

 Don’t hurt him, don’t change him, and 

don’t expect for more than he can give. Don’t analyse
.
 Smile when he makes you happy, yell when he makes you mad,

and miss him when he’s not there.

 Love hard when there is love to be had
. 
Because perfect guys don’t exist
, 
but there’s always one guy that is perfect for you.

macam tak kena dengan entry je..HAHA :p
QUOTED FROM: GirlsGuideTo

BISIK BISIK: Saya harap saya sudah jumpa MR Perfect saya ;)


Monday, September 19, 2011

730 DAYS

Happy 730 Days MR SY!
As today is our second anniversary...
meaning that it complete our 730 days of sailing in our love life... 

MR SY, 
Thank you for being there when I needed a shoulder to lean on
Thank you for patiently being with me
 Thank you for being a good listener and patiently listening all my problems, my stories and bubbling..
Thank you for this happiness
Thank you for being my silent reader :p
Thank you for everything!

I admit I may not a perfect woman for you but I will always try and be the best for you.
 
Although our journey is still far away, may this relationship meet with the sequel and ends with "Aku terima nikahnya"

I LOVE YOU, MR SY!



BISIK BISIK: Right now this distance is out of our control, but I’m still hoping one day soon, I’ll get what I’m wishing for. 

Tuesday, July 19, 2011

DIA SUDAH..SAYA BILA LAGI??

 As salam peeps!

Sorry sebab lama tak update..busy dengan persiapan untuk majlis pertunangan kakak saya..plus with line broadband yang slow..ada siapa2 rindu saya tak?*ceh,bajet engkau blogger popular orang nak rindu2?=.=' 

Alhamdulillah..majlis pertunangan berjalan lancar..dan kakak saya selamat menjadi tunangan orang..:D

So let the pictures tell the story...

Sesi perbincangan kedua-dua belah pihak
Sarung cincin..kakak saya sebenarnya nervous time tu..huhu

Makan-makan
Kakak-kakak saya *tinggallah saya seorang yang single ;)
Yang ni dengan kakak ipar pulak :)
Abang dan kakak-kakak saya :)
Barang-barang hantaran..Yang color pink tu daripada pihak lelaki dan yang color purple tu daripada pihak perempuan
Inilah encik tunang kakak saya..Abg Farid..hoho

Tu diaa..cincin kasih sayang..aicehh
Seronok...gembira..suka..walaupun dibuat secara kecil-kecilan dan private tapi alhamdulillah everything going smoothly..

Sedih pulak bila mengenangkan yang kakak saya ni tak lama lagi akan menjadi milik encik tunang sepenuhnya..yelah, nanti saya dah takda teman tidur..aishh,takkan nak kena cari teman tidur yang lain..kihkihkih

Anyways, congratulations my sister and her fiance!May ALLAH bless the two of you ♥

Sunday, July 3, 2011

THINGS TO DO AFTER A BREAK UP

As salam peeps!

Woah,tajuk entry..macam nak jadi Dr Cinta pulak kan..haha bukan apa, hari-hari saya tengok kat newsfeed FB kawan saya seorang ni update status asyik frust menonggeng bagai..duhhh, kasihan benor den tengok dia..tiba-tiba rasa terpanggil *chewahh nak buat entry pasal ni..

So what to do after a break up?*ceh,speaking ye engkau..;p

1. Mengadulah kepada Yang Esa..Allah Maha Mengetahui..ajal maut jodoh pertemuan semuanya ditentukan olehNya..berdoalah,mengadulah,menangislah kepadaNya..Allah sentiasa ada untuk hamba-hambaNya..dan di sini jugak kita akan temui ketenangan..

2.Simpan segala kenangan bersamanya..Masa bercinta dulu, mesti ada barang-barang yang EX kita bagi kan..so daripada kita tengok barang tu dan kita akan sedih, better kita simpan segala gambar kenangan dan barang-barang yang EX kita pernah bagi tu di tempat yang kita tak akan nampak..ataupun pulangkan barang tersebut kepada dia..ataupun buang terus..

3.Sibukkan diri..Jangan biar diri kita ni sendirian..sebab masa sendirian ni lah,kita akan fikir dan kenang semua kenangan bersamanya dulu..EX kita tengah happy dengan orang lain, kita sedih terfikirkan dia..so better kita sibukkan diri dengan aktiviti seperti rock climbing ke, go-kart ke,panjat gunung ke..kan boleh hilangkan masalah dan sedih kita tu..

4.Keluar dengan kawan-kawan..ajak kawan-kawan pergi shopping, tengok wayang, main futsal, atau melancong..kita akan rasa gembira dan tak sedih lagi dan mungkin jugak masa ni kawan-kawan kita akan kenalkan kita dengan seseorang..weet.weet

5.Melancong..Ambil cuti beberapa hari dan pergilah melancong sendirian..masa inilah kita boleh redakan kesedihan dan tenangkan fikiran..dan mungkin kita boleh berjumpa dengan kawan baru

6.Hargai diri sendiri..Pergi saloon rambut atau spa kecantikan..Ubah gaya rambut atau penampilan kita dan jadi THE NEW YOU..jadikan diri kita ini rasa hebat dan buatkan dia menyesal tinggalkan kita..

7.Fokus kepada masa depan kita..Putus cinta bukan pengakhiran segalanya..masa inilah kita fokus kepada kerjaya atau pelajaran kita..jadikan ini sebagai satu semangat untuk kita berjaya dalam hidup..

8. Mempersiapkan diri untuk hubungan yang baru..Masa ini, biar kita betul-betul sudah bersedia dan sudah pulih daripada kekecewaan yang lepas..jangan kita menjalin hubungan yang baru kalau sekadar mahu membalas dendam atau benci kepada EX kita..

 
Saya pun bukan pandai mana nak nasihatkan orang..saya pun pernah frust bercinta jugak..tapi sebagai manusia kita kenalah pandai-pandai handle perasaan kita ni..ye dok?

Teringat kata-kata Dr HM Tuah:

## Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah... kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas.

## Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya! Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya 'terpaksa' bercinta dengan Allah.


BISIK BISIK: Semoga saya tak akan frust bercinta lagi..Aminn :)

Thursday, June 30, 2011

THINGS I WANNA DO BEFORE GETTING MARRIED

As salam peeps!

Woah,tajuk entry tak boleh blah dowh!HAHA..actually saya kekeringan idea nak update blog..lepas baca blog kawan saya, Jatt yang bahagia bergelar isteri ni..macam best pulak idea nak tulis pasal ni..*ceh,cakap je la engkau gatal nak kahwin..;p

Okay.okay..let's start..=.=

1. Nak belajar dan berubah menjadi muslimah yang baik..bila dah menjadi muslimah yang baik, ada ilmu agama yang bagus, barulah boleh menjadi seorang isteri dan ibu yang baik..aman rumahtangga..;)

2.Nak senangkan mak ayah..nak jugak bagi mak ayah merasa duit saya..selama ni mereka banyak habiskan untuk saya so tak salah sebelum saya jadi milik encik suami, saya senangkan mereka dulu..

3.Nak belajar memasak..bila dah kahwin nanti, takkan hari-hari nak ajak encik suami makan dekat kedai..orang cakap nak pikat encik suami kenalah melalui perutnya,tak gitu? plus buatnya bakal mak mertua kita tu ketua tukang masak, tak ke haru nanti kalau dia tahu bakal menantu dia tak pandai memasak..jatuhlah saham derr..;p

4.Nak pergi umrah..dekat sana boleh doakan yang baik2 untuk masa depan yang bakal kita lalui dengan encik suami..

5.Nak pergi melancong dengan girlfriends..bila dah kahwin nanti, confirm jarang ada peluang nak pergi melancong dengan diaorang..takkan nak tinggal encik suami seorang2 kan..nanti kita balik dari melancong, tengok2 dia dah ada 'peneman'..tak ke haru??aishh..

Err..yang ke 6 dan seterusnya akan difikirkan lagi..haha okaylah..rasanya cukuplah lima perkara ni dulu..nanti kalau banyak2, tak terbuat pulak kan..teehee ;p

Oh, saya nak tidur dulu..pukul 5.00 nanti nak bangun sahur..maklumlah Ramadhan bakal menjelma, puasa yang dulu belum habis diganti lagi..*iskhz.iskhz.iskhz =.="

Good night peeps!



BISIK BISIK: Entry ni sekadar suka-suka..:D

Monday, June 27, 2011

MENUSUK KALBU

"Buat bakal isteriku,
Redha dan terimalah atas apa-apa sahaja ketentuan-Nya
Kerana DIA lebih mengetahui..
Jika benar kau adalah jodohku dan bakal calon bidadariku,
aku memohon pada Ilahi agar dipercepatkan ijab dan qabul ini
agar aku sah menjadi suami yang dapat mengimamkan solatmu.."
 
quoted from:iluvislam

Saturday, June 18, 2011

I MISS YOU

 

I miss you 

when something really good happens,

because you are the one I want to share it with

I miss you 

when something is troubling me, 

because you are the one who understands me so well

I miss you 

when I laugh and cry,

because i know that you are the one that makes my laughter grow and my tears disappear

I miss you all the time, 

but I miss you most 

when i lay awake at night and think of all the wonderful times we spent with each other,

for those were some of the best times of my life

 

I MISS YOU MR SY!!


Wednesday, June 8, 2011

SOMETIMES SOMEONE HAS TO WALK OUT OF YOUR LIFE, FOR SOMEONE BETTER TO WALK IN

Once upon a time, a boy had a girl who would do anything for him. 
She thought she might have even loved him. 
He told her everyday that he loved her, 
and led her to believe that they would be together for a very long time. 
One day he decided to break the girl’s heart.
It took the girl a long time to get over the boy. 
But one day, she got over him. And she found a new boy.
With this new boy, she realized the old boy treated her very badly. 
And she realized what a real man should treat her like~


quoted from:Girls Guide To

Friday, May 20, 2011

1,178 km

Good Bye MR SY! I was only able waving you from down here and pray for your safety there..

My MR SY terbang ke Bangkok pagi tadi..ada company trip 3 hari 2 malam..uwaaaa 1,178 km jauhnya jarak memisahkan kitaorang..<<tiba-tiba pasang lagu Jangan Pisahkan..

MR SY, 
awak jaga diri kat sana..
jangan nakal-nakal..
jangan awak bawa balik minah Siam..
menangis tak berlagu saya nanti..tsskk..

Ok la..nak layan lagu Jangan Pisahkan kejap..


BISIK BISIK: Saya Rindu Awaklah MR SY!!tsskk..

Sunday, May 8, 2011

CORETAN UNTUK EMAK


Emak..
terima kasih kerana telah melahirkan, membesarkan, menjaga dan mendidik adik dengan penuh kasih sayang, kesabaran, dan ketabahan..
terima kasih juga kerana mendoakan yang terbaik untuk adik..
Emak..
maafkan segala dosa dan salah silap adik jika telah menyinggung perasaan emak selama ini..
           halalkan segala apa yang telah emak berikan..
tak terbalas segala jasa yang telah emak curahkan selama ini.
Emak..
emak adalah anugerah yang terbaik dan tidak ternilai dalam hidup adik..
semoga ALLAH memberkati emak..

ADIK SAYANG EMAK SANGAT-SANGAT..
SELAMAT HARI IBU

Dan sempena dengan Hari Ibu, jom kita hayati lagu My Mother-Yusuf Islam ni..
"THANK YOU ALLAH FOR MY MOTHER"

Sunday, April 17, 2011

Marry You



"Hey Baby..I think I wanna marry you.."
MR SY!!DEDICATED FOR YOU..;p

Saturday, March 19, 2011

1 YEAR 6 MONTHS..

MR SY..
6 months to go for our 2 years..
But i want you to know..
I NEED YOU MORE THAN THIS..


..Am in the mood of missing you..

Wednesday, March 16, 2011

Adakah dia benar-benar mencintaiku?

As salam peeps!
Hari tu kan saya baca majalah Pengantin..saja gatal nak baca..haha sebab suka tengok baju pengantin dan majlis kahwin..pastu bolehla berangan camna nak buat majlis saya nanti..cehh,tak boleh blah..:p

Then tiba-tiba ada satu artikel ni menarik perhatian saya..."Bagaimana mengetahui yang si dia benar-benar mencintai kita.." so saya nak kongsi la sikit apa yang saya baca tu..nanti bolehla tengok kot kot pasangan kita ada tanda-tanda ni..teeheee ;)


So,check it out guys!

1. Orang yang mencintai anda tidak perlu memberikan alasan punca dia mencintai anda. Yang dia tahu, di mata dia andalah satu-satunya.


2. Orang yang mencintai anda mungkin jarang memberikan pujian tetapi di dalam hatinya anda adalah yang terbaik dan hanya dia sahaja yang tahu 


3. Orang yang mencintai anda mungkin akan marah atau mengeluh jika anda tidak membalas pesanan atau panggilannya kerana dia peduli dan tidak ingin sesuatu yang buruk terjadi kepada anda.


4. Orang yang mencintai anda hanya menjatuhkan air matanya di hadapan anda. Ketika anda mencuba untuk menghapus air matanya, anda telah menyentuh hatinya dan hatinya selalu berdegup untuk anda


5. Orang yang mencintai anda akan mengingati setiap kata yang anda ucapkan, bahkan yang tidak disengajakan dan ia akan selalu menggunakan kata-kata itu tepat pada waktunya


6. Orang yang mencintai anada tidak akan memberikan janji apapun dengan mudah kerana dia tidak mahu mengingkari janjinya. Dia ingin anda mempercayainya dan dia ingin memberikan hidup yang bahagia dan aman buat selamanya.


7. Orang yang mencintai anda mungkin tidak mengingati tarikh-tarikh istimewa seperti hari ulang tahun anda tetapi dia tahu bahawa setiap detik yang dilalui, dia tetap mencintai anda.


8. Orang yang mencintai anda mungkin tidak mahu melafazkan "aku mencintaimu" dengan begitu mudah kerana segala yang dia lakukan untuk anda melalui perbuatan adalah untuk menunjukkan bahawa dirinya sememangnya mencintai anda


9. Orang yang mencintai anda selalunya berusaha membuatkan anda tersenyum dan tertawa walaupun kadang kala caranya membingungkan


10. Orang yang benar-benar mencintai anda akan membalut hati anda yang pernah terluka dan menjaganya dengan setulus hati agar tidak terluka lagi dan dia akan memberikan anda apa-apa saja yang terbaik walaupun ia terpaksa menyakiti dirinya sendiri



So macamna?setuju ke dengan semua tanda ni..teehee :)
source: Google

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...