As salam peeps!
Hari tu kan saya baca majalah Pengantin..saja gatal nak baca..haha sebab suka tengok baju pengantin dan majlis kahwin..pastu bolehla berangan camna nak buat majlis saya nanti..cehh,tak boleh blah..:p
Then tiba-tiba ada satu artikel ni menarik perhatian saya..."Bagaimana mengetahui yang si dia benar-benar mencintai kita.." so saya nak kongsi la sikit apa yang saya baca tu..nanti bolehla tengok kot kot pasangan kita ada tanda-tanda ni..teeheee ;)
So,check it out guys!
1. Orang yang mencintai anda tidak perlu memberikan alasan punca dia mencintai anda. Yang dia tahu, di mata dia andalah satu-satunya.
2. Orang yang mencintai anda mungkin jarang memberikan pujian tetapi di dalam hatinya anda adalah yang terbaik dan hanya dia sahaja yang tahu
3. Orang yang mencintai anda mungkin akan marah atau mengeluh jika anda tidak membalas pesanan atau panggilannya kerana dia peduli dan tidak ingin sesuatu yang buruk terjadi kepada anda.
4. Orang yang mencintai anda hanya menjatuhkan air matanya di hadapan anda. Ketika anda mencuba untuk menghapus air matanya, anda telah menyentuh hatinya dan hatinya selalu berdegup untuk anda
5. Orang yang mencintai anda akan mengingati setiap kata yang anda ucapkan, bahkan yang tidak disengajakan dan ia akan selalu menggunakan kata-kata itu tepat pada waktunya
6. Orang yang mencintai anada tidak akan memberikan janji apapun dengan mudah kerana dia tidak mahu mengingkari janjinya. Dia ingin anda mempercayainya dan dia ingin memberikan hidup yang bahagia dan aman buat selamanya.
7. Orang yang mencintai anda mungkin tidak mengingati tarikh-tarikh istimewa seperti hari ulang tahun anda tetapi dia tahu bahawa setiap detik yang dilalui, dia tetap mencintai anda.
8. Orang yang mencintai anda mungkin tidak mahu melafazkan "aku mencintaimu" dengan begitu mudah kerana segala yang dia lakukan untuk anda melalui perbuatan adalah untuk menunjukkan bahawa dirinya sememangnya mencintai anda
9. Orang yang mencintai anda selalunya berusaha membuatkan anda tersenyum dan tertawa walaupun kadang kala caranya membingungkan
10. Orang yang benar-benar mencintai anda akan membalut hati anda yang pernah terluka dan menjaganya dengan setulus hati agar tidak terluka lagi dan dia akan memberikan anda apa-apa saja yang terbaik walaupun ia terpaksa menyakiti dirinya sendiri
So macamna?setuju ke dengan semua tanda ni..teehee :)
source: Google |
2 comments:
auwww! like this entry :)
heheh kalau ada button like lama da like awaknye comment ni..:p
Post a Comment