Wednesday, July 11, 2012

SHE'S SO LUCKY!

As salam peeps!



Semalam saya baca Mingguan Wanita bermuka depan Irma Hasmie dan suami dia. Ya Allah, I'm officially envy.  Memang, mereka sama cantik dan sama padan..bagai pinang dibelah lapan *sebab diaorang terlalu sweet sampai terbelah lapan.hiks ;p. She really deserves him.


"When she/he start to put ALLAH as a first love in her/his heart then ALLAH will help her/him to find the real prince/princess for her/his life"
-re-tweet from someone's twitter-


My sister pernah cakap, upgrade yourself and be the best woman then you'll find the best man for your life. Macam Irma Hasmie. Dia upgrade diri dia. Berhijrah dan berubah ke arah yang lebih baik. And now she found the best and perfect man for her life.Dan dalam al-Quran pun ada sebut, "...Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" . Yes, indeed..janji ALLAH itu benar.


Apapun, setiap dari kita sudah ditentukan takdir masing-masing. Siapa jodoh kita pun itu semua rahsia ALLAH. Dan saya hanya mampu berusaha dan berdoa semoga kehidupan dan perhubungan saya dan dia bertemu dengan kesudahan yang baik.


"Hidup dimulai dengan B=born.
 Diakhiri dengan D=death.
 Antara B dan D, ada C.
 C=choice.
 Jadi, hidup=pilihan.
 Live well or live hell?
 You choose. Your choice"
 #Rooftop Rant-Hlovate


BISIK BISIK: Saya tahu saya bukan stok alim,ustazah tapi saya juga sentiasa cuba dan berusaha untuk menjadi lebih baik. Maaf andai entry ini tidak layak ditulis oleh insan seperti saya.

Thursday, July 5, 2012

#3 KATA HATI



"Tak semua orang boleh terima kita seadanya tanpa banyak kisah
Tak semua orang akan layan baik pada siapa sebenarnya kita"
-Hlovate-




BISIK BISIK: Salam Nisfu Syaaban.Semoga kita tergolong dalam mereka yang berada dalam rahmat dan keampunanNya.

BISIK BISIK: Sorry for the lack updates..busy mengalahkan Menteri.hiks ;p







Sunday, March 25, 2012

AKU SAKIT

"Orang yang kita anggap sahabat baik dunia akhirat,
dialah juga boleh menikam kita dari belakang"-SzS



Hati ini sangat sakit dan kecewa... 
Terima kasih kawan atas rasa sakit ini..TERIMA KASIH!

Wednesday, March 21, 2012

GILA PUNYA LAMA TAK UPDATE WEYY!

As-salam peeps!


Ya Allah, punyalah lama saya tak menjenguk blog kesayangan saya ni.Segala macam habuk ada =.="


**fuhh..fuhh..sapu.sapu bersihkan habuk sekejap**


Amboii, lama betul saya tak update ye.Busy mengalahkan bini PM, ye tak..hewhew.Emm, tunggu jugaklah orang tanya saya bila saya nak update tapi.tapi...haremmm non-adooo..kehkeh *engkau ingat engkau Zack Zukhairi?deng!


Okay.okay..so what's up peeps? Saya Alhamdulillah sihat cuma busy sedikit dengan kerja praktikal dan menyiapkan thesis. Thesis sudah mula nampak jalannya walaupun mula-mula tu agak blurr sampai jammed kepala otak ni..huhu tapi sekarang chapter 1, 2, & 3 sudah half-way..pheww! Doakan saya dapat siapkan thesis saya dengan lancar dan sempurna ya!


Oh ya!saya aktif di TWEET JEWW sekarang.Ramai kawan yang cool dan best saya jumpa di sana, semuanya saya kenal dari orang Raub ni..kehkeh. Kalau sudi, follow lewww saya *aiceh, promote! 


Okaylah kawan-kawan! Banyak kerja thesis saya menanti dan perlu disiapkan. InsyaAllah, kalau ada masa saya singgah menjenguk blog korang ye!
Have a good day!


Nahh..kalau-kalau dah lupa muka comel saya ni..hikhik
p/s:gila lama kott tak pakai tudung bawal..


Wednesday, February 22, 2012

#2 KATA HATI

Permainan takdir adakalanya pedih untuk dihadapi
Tidak semua apa yang kita mahu kita akan dapat
Namun yakinlah,
Allah tidak akan menganiaya hamba-hambaNya
DIA tidak beri apa yang kita mahu tapi apa yang kita perlu
Pasti apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya

Kuatlah hadapi hidup ini
Walaupun adakalanya sukar, Allah ada bersama kita


Monday, February 20, 2012

#1 KATA HATI

Nasib orang lain-lain
Setiap orang dah ditentukan rezeki masing-masing
Tinggal bagaimana untuk kita berusaha mencorak hidup kita
Jangan dicemburui kelebihan orang lain
Mungkin dia berhak dapat 

Belajar untuk menerima segalanya dengan ikhlas dan syukur
Mungkin Allah tak bagi hari ini sebab Dia simpan untuk masa depan


Monday, February 13, 2012

KISAHNYA : PRAKTIKAL DAN THESIS..

As salam peeps!


Now is lunch time tapi sebelum tu, saya nak lepaskan rindu sekejap dengan blog kesayangan ni heee. 


Pheww, banyak kerja hari ni nak kena settle. Nasib baik dah settle semua pukul 12 tadi. Bahagian kewangan di tempat praktikal saya ni ada tiga program: 1. Program Belanjawan, 2. Program Perolehan dan Pengurusan Aset dan 3. Program Pengurusan Akaun. Sekarang saya ditempatkan di Program 2. Sepatutnya saya bermula dari Program 1 tapi disebabkan penyelia saya tak ada di minggu pertama saya lapor diri, jadi saya terus ditempatkan di Program 2 dahulu. Tiba-tiba saya suka dan bersemangat dengan praktikal masa degree ni sebab waktu di pejabat diisi dengan kerja yang bertimbun. Barulah berbaloi penat lelah saya. *memang pekerja berdedikasi kan saya..kahkah. Bukan apa, nak dibandingkan praktikal masa saya diploma dulu..memang saya tak banyak boleh belajar. Maaf cakaplah, boleh dikatakan saya ni hanya budak suruhan untuk staf di situ =.="


Thesis oh thesis..26hb ni dah kena hantar draft research. Tajuk pun tak lepas lagi ni, macamnalah saya nak proceed dengan thesis saya ni? Hmmm. Puan advisor saya sangat sibuk sampaikan dia tak sempat nak baca and reply email saya. Adoyaiii..haraplah minggu ni dia dapat reply email saya sebab masa makin suntuk..huhu


Okeylah kawan-kawan, perut saya dah menyanyi-nyanyi lagu "Awan Nano". Saya stop dulu ya!Jumpa lagi..
Have a nice day peeps!

BISIK BISIK: Bilalah boleh dating dengan MR SY ni..huhu

Wednesday, February 8, 2012

RANDOM

As salam peeps!

Sebelum nak berceloteh, saya nak buang segala habuk yang ada..fuhh.fuhh. Kawan-kawan rindu saya tak?kehkeh *bajet  ada orang rindu letteww.Maaflah kawan-kawan ya atas ketidakupdatean saya. Inipun saya curi-curi masa update di office sementara semua tengah minum pagi.


01hb lepas, saya dah start berpraktikal. Dah jadi wanita bekerjaya tak rasmi haha. So far okaylah. Walaupun tak banyak kerja macam coursemate yang lain tapi ada jugak benda yang saya belajar. Kena ringan mulut bertanya ada kerja tak untuk saya. Kalau saya tak buat macam gitu, sampai sudah saya banyak kerja termenung huhu *berdedikasi tak saya?kehkeh. Memang hati meronta-ronta, fikiran terbayang-bayang nak update blog bila dah balik kerja tapi apakan daya bila tibanya malam, mata ni seakan-akan layu di hujung mekar *gila metafora ayat..teehee ;p

06hb lepas birthday saya..*motif??haha. Officially 21thn + 4 sudah saya hoho ;).Sudah meningkat dewasa..aicehh. Lepasni I have to behave like adult kihkih. Menghadapi hidup ini dengan lebih matang.  Semoga kehidupan saya lebih.lebih.lebih baik dan semoga orang cepat masuk meminang *untuk perhatian MR SY..haha gataii ;p

Okeylah kawan-kawan. Nanti saya update lagi.
Have a nice day!

BISIK BISIK: Ramai cakap saya umur 21 tahun. acane?? *bangga..haha

Monday, January 23, 2012

SHORT UPDATE

As salam peeps!


Fuhhh, lamanya tak update blog kesayangan ni. Dah berhabuk cukup heee. Maaflah kawan-kawan. Line berokband dekat rumah ni teramatlah lambat macam babi siput babi..grrr


Pejam celik pejam celik sudah dua tahun saya di bumi Merbok. Akhirnya 18hb lepas i'm unofficially graduate. Hee belum officially lagi sebab kena complete kan dulu practical training and thesis. Ngeri bila fikirkan thesis ni. Bak kata speaker untuk seminar research proposal hari tu, research ni kena buat dengan kasih sayang. Kalau tak memang tak menjadi. Aishhh sumpah nervous!


Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu, saya dapat pun tempat untuk praktikal. Ketaq la gilaa bila dah nak sampai ke last paper tak dapat-dapat tempat lagi and suddenly my sister texted kata dah dapat tempat. Tapi tulaa cuma tak dapat confirmation letter lagi, plus kata maybe saya akan start lambat from my others friends. Erm, that's why Rabu or Khamis ni, akan terus ke Bangi settlekan mengenai praktikal.


Harap semuanya dipermudahkan. Saya stop sini dulu ye kawan-kawan. Will update later when everything is settled. Miss you guys!

Tuesday, January 10, 2012

BAUCER BUKU 1 MALAYSIA

As salam peeps!


Lega rasanya dah lepas empat papers. Sekarang tengah menikmati gap lebih kurang seminggu untuk dua papers yang seterusnya. Bolehlah berfoya-foya *Der, ilmu tak penuh di dada lagi. Tak payah nak berfoya-foya sangatlah huhu ;p


Hari ni agihan baucer buku 1 Malaysia. Sampai ke petang saya tengok students beratur panjang untuk ambil baucer ni. Fuhh, nasib baiklah saya dan Cik Noni pergi pukul 11 lebih tadi, jadi tak kena beratur panjang. Oh ya, baucer ni akan tamat tempoh pada 31 Mac 2012. Jadi bolehlah semester depan anda guna baucer ni untuk beli buku yang berkaitan dengan course. Saya pun tak tahu lagi nak beli buku apa memandangkan semester depan dah praktikal.Haruslah pergi tengok dekat Popular dan MPH buku apa yang best untuk dibaca.


Haa,tadikan masa nak ke surau, terdengar perbualan dua orang budak lelaki ni.

Lelaki A: Ko dapat baucer ni, ko nak beli buku apa?
Lelaki B: Aku nak beli novel.
Lelaki A: Novel apa?
Lelaki B: Novel Ombak Rindu dan Nora Elena

Tersenyum saya dengar budak lelaki tu kata nak beli novel Ombak Rindu dan Nora Elena (Kasih Yang Suci, kalau tak silap saya tajuk novel tu). Alahai, budak lelaki pun layan jugak eh cerita ni..sampai sanggup nak beli novel hehe ;D


Siapa yang dah dapat baucer buku ni, jom kita shopping buku ramai-ramai..teehee :D

Kalau baucer buku ni boleh tukar dengan duit, dah boleh beli handphone sebijik.huhu


BISIK BISIK: Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan saya seperti berada di tepi pantai sambil berombak rindu. chewahh

Saturday, January 7, 2012

AKU SEBUAH TELEFON BIMBIT

Aku dilahirkan sebagai sebuah telefon bimbit. Namaku Samsung SGH-Z170, abang kepada Samsung Galaxy-galaxy yang ada sekarang ini. Aku dilahirkan di Korea. Badanku berwarna hitam tetapi aku disediakan dengan kulit yang lain yang berwarna merah supaya nanti mudah untuk aku jika ingin bersalin kulit. Pada suatu hari, aku dibawa ke Malaysia bersama rakan-rakanku yang lain. Aku dijual di sebuah kedai telefon bimbit dengan harga RM700++. 


Aku kemudian dimiliki oleh seorang gadis yang comel. Dan bermulalah perkhidmatanku yang tidak berbelah bagi kepada tuanku. Aku digunakan untuk menghubungi sesiapa yang diinginkannya, menyampaikan pesanan ringkas, dan menyimpan pelbagai data. Aku juga bertugas menjadi jam loceng kepada tuanku.


Setelah digunakan selama dua tahun, aku mula jatuh sakit. Tenagaku semakin lama semakin kurang. Tetapi aku setia untuk berkhidmat dengan tuanku walaupun kadang-kala aku merajuk kerana terdengar tuanku ingin menggantikanku dengan adikku, Samsung Galaxy.


Semakin lama, aku sudah tidak berdaya lagi dan pada suatu malam, aku sudah tidak boleh meneruskan khidmatku lagi. Kemudian, tuanku beralih kepada Pakcik Motorola yang kudratnya tidaklah berapa kuat.


Dan baru-baru ini, Pakcik Motorola juga sudah tidak berdaya untuk memberikan khidmatnya kepada tuanku. 


Kepada tuanku, tak reti-reti lagi nak cari pengganti kami??


BISIK BISIK: Handphone saya rosak terus!Sekian. :'(

Sunday, January 1, 2012

TUTUP BUKU LAMA, BUKA BUKU BARU

As salam peeps!


Selamat Tahun Baru 2012. Alhamdulillah, sudah sampai ke tahun 2012 dan masih diberi kesempatan sehingga ke saat ini untuk menikmati tahun baru. 2011 berlalu dengan kenangan manis dan pahit yang sekali lagi akan menjadi panduan untuk saya meneruskan hidup. 


Azam tahun baru? Tak ada azam tapi rasanya cukuplah menjalani kehidupan ini dengan sebaik mungkin dan mudah-mudahan peningkatan umur seiring juga dengan peningkatan amal kepadaNya.


Januari 2012, 

  • InsyaAllah, akan menjadi bulan terakhir saya di UiTM Merbok. Walaupun stress dengan tak dapat lagi tempat untuk praktikal, tapi saya percaya rezeki itu ada di mana-mana. InsyaAllah ada tempat praktikal, mungkin lambat saja untuk saya.*sedapkan hati huhu
  • Final exam akan bermula 5hb ni. Semoga segalanya dipermudahkan dan mudahan ia menjadi final exam yang terakhir.
  • Bulan kelahiran MR SY. Maaf sayang, tak dapat nak meraikan bersama sebab exam tapi doa saya sentiasa mengiringi perjalanan hidup awak.
  • Blog kesayangan genap berusia 1 tahun pada 25hb ni, InsyaAllah.

Apapun diharapkan, semoga tahun 2012 akan dapat kita tempuh dengan penuh kesabaran, ketabahan, dan kesyukuran. Semoga membawa lembaran baru yang bermakna dalam hidup kita.

2012, tolong baik kepada saya ;)


Growing old is mandatory. Growing up is optional-IniAnwarHadi
BISIK BISIK: Saya akan bertambah "dewasa" tahun ini. Oh,goshhh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...