Tuesday, January 10, 2012

BAUCER BUKU 1 MALAYSIA

As salam peeps!


Lega rasanya dah lepas empat papers. Sekarang tengah menikmati gap lebih kurang seminggu untuk dua papers yang seterusnya. Bolehlah berfoya-foya *Der, ilmu tak penuh di dada lagi. Tak payah nak berfoya-foya sangatlah huhu ;p


Hari ni agihan baucer buku 1 Malaysia. Sampai ke petang saya tengok students beratur panjang untuk ambil baucer ni. Fuhh, nasib baiklah saya dan Cik Noni pergi pukul 11 lebih tadi, jadi tak kena beratur panjang. Oh ya, baucer ni akan tamat tempoh pada 31 Mac 2012. Jadi bolehlah semester depan anda guna baucer ni untuk beli buku yang berkaitan dengan course. Saya pun tak tahu lagi nak beli buku apa memandangkan semester depan dah praktikal.Haruslah pergi tengok dekat Popular dan MPH buku apa yang best untuk dibaca.


Haa,tadikan masa nak ke surau, terdengar perbualan dua orang budak lelaki ni.

Lelaki A: Ko dapat baucer ni, ko nak beli buku apa?
Lelaki B: Aku nak beli novel.
Lelaki A: Novel apa?
Lelaki B: Novel Ombak Rindu dan Nora Elena

Tersenyum saya dengar budak lelaki tu kata nak beli novel Ombak Rindu dan Nora Elena (Kasih Yang Suci, kalau tak silap saya tajuk novel tu). Alahai, budak lelaki pun layan jugak eh cerita ni..sampai sanggup nak beli novel hehe ;D


Siapa yang dah dapat baucer buku ni, jom kita shopping buku ramai-ramai..teehee :D

Kalau baucer buku ni boleh tukar dengan duit, dah boleh beli handphone sebijik.huhu


BISIK BISIK: Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan saya seperti berada di tepi pantai sambil berombak rindu. chewahh

9 comments:

Eera Shera said...

ceh..jiwangnye lahai..sama la ngan adik (laki)..org kol dia..pastu bleh lak dia ckp, ok la kak..nk tgk ombak rindu ni..padahal dah tgk wyg lg..x sgka ombak rindu ni digilai lelaki haha

Shurazirah Sukhur said...

haha adik awak minat maya karin kot.tu layan banyak kali.hehe tulaa tak sangka orang lelaki pun boleh nak layan cerita ombak rindu ni.
:D

tieykah said...

HAHAHAHA

UTM xtaw nk bg bila

Shurazirah Sukhur said...

tieykah: nanti dapatlah tu.hehe sekarang memang baucer tu tengah diagihkan kepada students.:)

iKa ZuLaiKha said...

bila nk belanja ika plak nie..xkiraaaaaaaaaaaaa..nak jugakkkkk...xnak guna baucer sendiri.haha

Liyana Zahim said...

Baucer ni boleh beli buku ilmiah je.. Hehehe..

Shurazirah Sukhur said...

ika: banyak cantikk..hahaha

Shurazirah Sukhur said...

liyana zahim: nak beli novel awak la..hehe :p

EZAN IDMA said...

kite tak dpt pon :() hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...