Sunday, October 23, 2011

FINAL DESTINATION

As salam peeps!


Petang semalam saya dan Cik Noni menghabiskan masa weekend kitaorang dengan marathon movie Final Destination 1-5. Bosan duduk saja di rumah, kitaorang pun tengoklah movie yang dah lama terperuk dalam laci hihi ;p


I bet mesti ramai yang dah tengokkan movie Final Destination ni. Movie yang mengisahkan bagaimana sekumpulan manusia selamat daripada maut dalam kejadian ngeri selepas salah seorang daripada mereka mendapat "vision" sebelum kejadian ngeri tersebut berlaku. Tapi bila dah selamat, seorang demi seorang dalam kumpulan tersebut mati dan mereka yang tinggal berusaha untuk lari daripada kematian.




Movie ni kalau nak tengok untuk entertainment bolehlah..tapi jangan sampai terpengaruh pula.  Kita sebagai seorang Islam,  bukankah kita percaya bahawa mati itu pasti. Semua orang pasti akan mati cuma kita tak tahu cepat atau lambat sahaja masa kita. Dan yang menentukan kematian kita adalah kerja Allah. Mungkin kalau kita tahu bila ajal akan menjemput kita, kita akan menggunakan peluang yang ada untuk berubah dan bertaubat huhu.


Apapun,kita memang dituntut untuk mengingati mati. Sesungguhnya apabila telah ditetapkan waktu kematian bagi seseorang maka ianya tidak akan tertunda atau dipercepatkan walaupun sesaat.


Wallahualam.
Have a good day peeps!:)

2 comments:

fatin said...

hi thr! best kan marathon muvie nih..hehee..
im the 107th here! =]

Shurazirah Sukhur said...

hi.thanks for following :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...