Abu Hurairah r.a berkata, "Setiap kali datangnya tahun baru membuat aku risau dan resah kerana semakin singkat umurku, semakin dekatnya ajalku, semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku, semakin dekat hari perhitunganku.."
Lakukanlah hijrah diri ini ketika kita masih mampu melakukan amal ibadat. Lakukan hijrah tatkala Allah memberi kelapangan masa dan kesihatan kepada kita. Lakukan hijrah diri ini ketika diri masih diberi peluang. Lakukan hijrah diri ketika diri masih muda. Lakukan hijrah diri ini tatkala nyawa kita masih belum sampai di halkum. Kelak, jika hijrah diri ini tidak disambut, kitalah manusia yang paling rugi dan paling malang di dunia dan di akhirat.
(dipetik dari sini)
(dipetik dari sini)
BISIK BISIK: SALAM MAAL HIJRAH 1433H peeps! Kata seorang teman. "Berubah kearah kebaikan walaupun sedikit sudah cukup. Dari tak berubah langsung". Saya pun tidak sesempurna mana tapi manusia boleh berubah kan? Semoga diri kita dan kehidupan kita menjadi lebih.lebih.lebih baik daripada sebelumnya.
4 comments:
salam maal hijrah daripada zakwan :)
jom sama2 berubah ke arah kebaikan.. blog juga boleh menyeru orang berubah ke arah kebaikan .. hehe
Blog Mohd Zakwan :)
mohd zakwan: yeah!blog juga salah satu medium untuk menyeru orang ke arah kebaikan, bukan sahaja FB.heee insyaAllah akan jenguk blog awak :D
Salam maal hijrah saudari..
kizz: salam maal hijrah :D
Post a Comment