Friday, December 9, 2011

KAU MAMPOOO??

As salam peeps!


Aucakk!! Sihat ke uols? Harap-harap semua sihatlah hendaknya. Lama tak menulis. Lately ni, more to wordless and spontaneous kan huhu. Maaflah, nak menulis ni kena banyak idea dan masa..dan kesemua masa dan idea dah dicurahkan ke dalam assignment yang sangatlah banyak *perghh, alasan yang tak boleh blah!kehkeh ;p


Tajuk entry saya tak menahan kan *gila poyo dan bajet habis!HAHA ;p. Minggu lepas saya dan Cik Noni keluar ke Central Square Mall. Hajat di hati sebenarnya nak menonton tapi masa tu tak ada movie yang best. Yang ada hanya movie Misteri Jalan Lama yang misteri habis tu. kehkeh. Saya baca review movie ni daripada kawan di FB semua negative and finally kitaorang decide untuk main boling.


Tapi before main boling, kitaorang pergi makan dulu. Perut udah lapar dong! Disebabkan Cik Noni nak makan nasi, jadi kitaorang pergilah ke De Sabai Cafe yang terletak di tingkat 4 *amboi, dah macam gaya pengacara Jalan-jalan Cari Makan pulak ;p. Okay, cafe ni macam agak mahal compared to kedai makan yang kitaorang biasa pergi tapi dah ni versi KAU MAMPOOO kann, so apadahal derr..;p


Kitaorang nak order makanan bukan main lama. Yelah, bukan main nampak mahal sedap makanan dia huhu ;p. Setelah mengira-ngira bajet yang ada, akhirnya saya memilih nak makan Nasi Goreng Oriental dan Fresh Orange sementara Cik Noni makan Nasi Goreng Siam dan Fresh Apple.



       sementara  menunggu makanan sampai, snap picture dulu yaww!
Nasi Goreng Oriental+Nasi Goreng Siam+Fresh Orange+Fresh Apple...nyum!nyum!


Okay, bila dah kenyang gendang gendut tali kecampi, kitaorang pergilah main boling. Harga game boling dekat sini sangatlah murah untuk student iaitu RM 2.50 per game. So total untuk kitaorang main RM13.50 untuk dua game include with kasut.


Aiceh,masing-masing tak sabar nak tunjuk bakat terpadam terpendam
opsss..ada 'unggas' di lane sebelah..mak memalu noks!

Cik Noni muka pasrah sebab juara bertahan tetap milik saya!kahkah ;)
Juara bertahan..ehem.ehem ;p
Lepas main boling, kitaorang masuk The Store pulak. Cik Noni nak tengok kasut. Tengok punya tengok, try punya try, Cik Noni dilanda tamak hiperbola.Dia TERRbeli dua kasut. *grrrr, mak tak mampoo noks!


Cik Noni dilanda scarcity
Kau MAMPOOO?? 
Muka puas dapat rembat dua kasut
Kau MAMPOOO??
Maaflah kalau entry ni gila poyo atau boleh membuatkan mulut berkata euwww dengan tajuk yang tak menahan tu. HAHA tapi apakan daya di hujung-hujung semester ni, kami MAMPOO nak shopping walaupunnn di Central Square Mall yang tak semegah tu.kehkehkeh jangan marah naaa ;pp


BISIK BISIK: Assignment bertimbun, test berderet..arghh, diri dilanda homesick :'(

6 comments:

tieykah said...

HAHAHA.

skali tulis panjang

:D

Unknown said...

buat asemen dlu!

Shurazirah Sukhur said...

tieykah: lepas gian menulis HAHA ;p

Shurazirah Sukhur said...

ezan idma: baik.baik..saya pergi buat slalu ;p

Eera Shera said...

kemampuanmu terserlah..huhu...belanja la

Shurazirah Sukhur said...

eera shera: mak dah tak mampu sekarang ni noks!haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...