Showing posts with label Cik Noni Cik Nona. Show all posts
Showing posts with label Cik Noni Cik Nona. Show all posts

Saturday, December 24, 2011

BERJIMBA-JIMBO

As salam peeps!


Am now at Ipoh..weeee. Heaven rasanya dapat berada di rumah manis rumah (home sweet home). Mengharungi tiga minggu yang hectic memang memenatkan. Penat otak, penat tangan dan penat badan. Tapi semua tu hilang bila dapat melihat wajah buah-buah hati kesayangan. :DD


Akhirnya minggu yang memenatkan berakhir Khamis lepas dan semalam saya dan Cik Noni keluar berjimba-jimbo. Nak dekat sebulan tahu kitaorang tak keluar berjimba-jimbo ni. Tiap-tiap minggu ada saja aktivitinya; modul, trip course, dinner faculty, Dato' Seri Najib datang UiTM Kedah, submit assignment, presentation, test dan inilah membuatkan kaki kitaorang terikat untuk berjimba pfttt. Oh ya!Entry ini bolehlah dikatakan sambungan kepada entry  Kau Mampooo.Sila baca dengan sabar.kehkeh 


As usual, tempat kitaorang berjimba-jimbo di Central Square Mall. Sampai-sampai saja, kitaorang terus pergi makan. Nak makan nasi tapi TERRnampak Pizza Hut, jadi rasa macam mampooo pulak untuk lunch di situ.kehkeh.


Tengok menu dulu . Nafsu makan makin tinggi sekarang ni. Nampak semua sedap, semua nak makan. Aishhh

 Akhirnya saya memilih Spaghetti Meatball Bolognaise+Air Pepsi dan Cik Noni memilih set Pizza Garlic Butter. Pizza dia sedap tapi apakan daya saya sudah kenyang melahap makan spaghetti.huhu

Dah kenyang suka hati, kitaorang naik ke tingkat atas pulak. Hajat di hati nak main boling, tapi sudah lebih pukul 2, tak boleh nak guna harga student.Jadi, kitaorang decide untuk menonton movie. Nak menonton movie Songlap tapi macam tak ada sangat feedback dari kawan-kawan FB tentang movie ni, jadi kitaorang menontonlah movie Abang Tom Cruise yang handsome tu.
Tak sabar nak tunggu movie Tujuh Petala Cinta . macam best je ;)



Superb best Ghost Protocol! Aksi Abang Tom Cruise mendebarkan dan masih mantap. Tempat yang cantik dalam movie ni masa dekat Dubai.Perghh, rasa macam nak pergi honeymoon nanti dekat sana haha. Yang penting, kehandsomean Abang Tom Cruise tidak dimamah usia.Melting tengok dia ;p 

Dah habis menonton, Cik Noni ajak try ais blended Cool Blog. Kedai ni baru buka rasanya. Not bad ais blended dia. Harga pun tak mahal. Hanya RM3.50 sahaja.


 Kedai ni so pinky-pinky
Mocha and Cappucino Blog siap!
Mine is Cappucino and Mocha is Cik Noni's

Kalau datang Central Square Mall, tak sah kalau tak singgah The Store. Ingat nak cari hadiah birthday untuk MR SY tapi tak jumpa yang sesuai.*Awak, postpone dulu hadiah birthday ye?hihi ;p Turun ke bahagian ladies, TERRtengok bahagian kasut. Tengok punya tengok, try punya try, saya TERRbeli sepasang kasut. Opss!;p
Macam nak hadiahkan untuk MR SY..tapii..
Sesi try kasut! Year End Sale laa katakan.

Yess, dapat kasut baru untuk praktikal tahun depan.;)

Kau mampooo??;p

Maaf jika entry ini tak menahan poyonya. Apakan daya, masih mampooo untuk shopping walaupunnn hanya di Central Square Mall.kehkehkeh ;p


BISIK BISIK: Lepas ni dah tak boleh nak berjimba jimbo sangat tskk. Harus fokus untuk final exam yang akan bermula 5hb Januari ni. Harap-harap ini adalah final exam yang terakhir, InsyaAllah..aminnn

Friday, December 9, 2011

KAU MAMPOOO??

As salam peeps!


Aucakk!! Sihat ke uols? Harap-harap semua sihatlah hendaknya. Lama tak menulis. Lately ni, more to wordless and spontaneous kan huhu. Maaflah, nak menulis ni kena banyak idea dan masa..dan kesemua masa dan idea dah dicurahkan ke dalam assignment yang sangatlah banyak *perghh, alasan yang tak boleh blah!kehkeh ;p


Tajuk entry saya tak menahan kan *gila poyo dan bajet habis!HAHA ;p. Minggu lepas saya dan Cik Noni keluar ke Central Square Mall. Hajat di hati sebenarnya nak menonton tapi masa tu tak ada movie yang best. Yang ada hanya movie Misteri Jalan Lama yang misteri habis tu. kehkeh. Saya baca review movie ni daripada kawan di FB semua negative and finally kitaorang decide untuk main boling.


Tapi before main boling, kitaorang pergi makan dulu. Perut udah lapar dong! Disebabkan Cik Noni nak makan nasi, jadi kitaorang pergilah ke De Sabai Cafe yang terletak di tingkat 4 *amboi, dah macam gaya pengacara Jalan-jalan Cari Makan pulak ;p. Okay, cafe ni macam agak mahal compared to kedai makan yang kitaorang biasa pergi tapi dah ni versi KAU MAMPOOO kann, so apadahal derr..;p


Kitaorang nak order makanan bukan main lama. Yelah, bukan main nampak mahal sedap makanan dia huhu ;p. Setelah mengira-ngira bajet yang ada, akhirnya saya memilih nak makan Nasi Goreng Oriental dan Fresh Orange sementara Cik Noni makan Nasi Goreng Siam dan Fresh Apple.



       sementara  menunggu makanan sampai, snap picture dulu yaww!
Nasi Goreng Oriental+Nasi Goreng Siam+Fresh Orange+Fresh Apple...nyum!nyum!


Okay, bila dah kenyang gendang gendut tali kecampi, kitaorang pergilah main boling. Harga game boling dekat sini sangatlah murah untuk student iaitu RM 2.50 per game. So total untuk kitaorang main RM13.50 untuk dua game include with kasut.


Aiceh,masing-masing tak sabar nak tunjuk bakat terpadam terpendam
opsss..ada 'unggas' di lane sebelah..mak memalu noks!

Cik Noni muka pasrah sebab juara bertahan tetap milik saya!kahkah ;)
Juara bertahan..ehem.ehem ;p
Lepas main boling, kitaorang masuk The Store pulak. Cik Noni nak tengok kasut. Tengok punya tengok, try punya try, Cik Noni dilanda tamak hiperbola.Dia TERRbeli dua kasut. *grrrr, mak tak mampoo noks!


Cik Noni dilanda scarcity
Kau MAMPOOO?? 
Muka puas dapat rembat dua kasut
Kau MAMPOOO??
Maaflah kalau entry ni gila poyo atau boleh membuatkan mulut berkata euwww dengan tajuk yang tak menahan tu. HAHA tapi apakan daya di hujung-hujung semester ni, kami MAMPOO nak shopping walaupunnn di Central Square Mall yang tak semegah tu.kehkehkeh jangan marah naaa ;pp


BISIK BISIK: Assignment bertimbun, test berderet..arghh, diri dilanda homesick :'(

Monday, October 24, 2011

LELAKI PANDAI MASAK ITU KACAK

As salam peeps!


Terlebih dulu saya ingin mengucapkan takziah kepada penyokong pasukan Man U atas kekalahan bergaya semalam. Harap bersabar dan jadikan pengajaran supaya lain kali jangan terlalu over confident.*okey.okey jangan emo di sini. past is past kihkihkih


Okey entry ni bukan nak cakap pasal perlawanan Man U dengan Man City semalam. Tadi tengah duduk rehat-rehat dengan Cik Noni, kitaorang tengok rancangan 5 Rencah 5 Rasa dekat TV3.Perghh, masakan dia memang menggoda nafsu. Nasib baik tak puasa, kalau tak memang terliur yang amat.




Pengacara dia kacak bukan? 
Tiba-tiba saya rasa lelaki yang pandai masak itu kacak. 

  • Kacak sebab selama ini commonly dekat dapur adalah wanita. Jadi bila dia pandai masak dan selalu ke dapur, nampak dia seorang yang berkeyakinan tinggi untuk mengambil alih peranan wanita di dapur.
  • Kacak sebab lelaki itu pandai menggunakan pisau, sudip dan senduk dengan cara betul. *Contohnya, bila dia pegang pisau dan potong bawang, cili dengan laju, sumpah saya impress sebab saya pun tak selaju tu.(jujur =.=").
  • Kacak sebab lelaki tersebut dapat membuatkan diri wanita terasa istimewa bila dia dapat menyediakan makanan yang sedap.
Ni pendapat sayalah kenapa saya rasa lelaki pandai masak itu kacak. Anda pula bagaimana?hehe 


Jadi bolehlah lelaki yang pandai masak ni disenaraikan dalam pakej untuk bakal suami saya nanti supaya dia sentiasa nampak kacak di mata saya.;p

BISIK BISIK: MR SY saya pun pandai masak.ngeee *okey sila menyampah dengan saya ;p

Sunday, October 23, 2011

FINAL DESTINATION

As salam peeps!


Petang semalam saya dan Cik Noni menghabiskan masa weekend kitaorang dengan marathon movie Final Destination 1-5. Bosan duduk saja di rumah, kitaorang pun tengoklah movie yang dah lama terperuk dalam laci hihi ;p


I bet mesti ramai yang dah tengokkan movie Final Destination ni. Movie yang mengisahkan bagaimana sekumpulan manusia selamat daripada maut dalam kejadian ngeri selepas salah seorang daripada mereka mendapat "vision" sebelum kejadian ngeri tersebut berlaku. Tapi bila dah selamat, seorang demi seorang dalam kumpulan tersebut mati dan mereka yang tinggal berusaha untuk lari daripada kematian.




Movie ni kalau nak tengok untuk entertainment bolehlah..tapi jangan sampai terpengaruh pula.  Kita sebagai seorang Islam,  bukankah kita percaya bahawa mati itu pasti. Semua orang pasti akan mati cuma kita tak tahu cepat atau lambat sahaja masa kita. Dan yang menentukan kematian kita adalah kerja Allah. Mungkin kalau kita tahu bila ajal akan menjemput kita, kita akan menggunakan peluang yang ada untuk berubah dan bertaubat huhu.


Apapun,kita memang dituntut untuk mengingati mati. Sesungguhnya apabila telah ditetapkan waktu kematian bagi seseorang maka ianya tidak akan tertunda atau dipercepatkan walaupun sesaat.


Wallahualam.
Have a good day peeps!:)

Saturday, September 24, 2011

KEMBALI

As salam peeps!


Sudah lama tidak berbroadband akhirnya dapat jugak saya mencari pengganti MR C..walaupun awal-awal tu ada problem sikit nak online tapi akhirnya, saya sudah kembali berblogging..yayy!


inilah pengganti MR C :)
So sekarang saya dah kembali ke UiTM, dah masuk semester lima *Hello semester five!Please be nice to me :D Kelas baru start dua minggu. Yang tak menarik, kelas saya semua pukul 8.00 pagi, lepas tu nak kena berebut tempat dalam bas dengan budak part one yang duduk Kolej Taman Universiti (KTU). Kalau lambat naik, alamatnya kenalah berdiri. Tapi yang menariknya, hari Ahad saya tak ada kelas. Heaven! Dapat cuti tiga hari, bolehlah rehat lama sikit kan.:DD


Lecturer dah mula bagi assignment tapi saya ni bukan jenis nak buat awal-awal, tunggu nak dekat-dekat due date barulah nak kelam kabut buat *iskhz, terukkan saya haha ;p. Since semester ni ada dua calculation subject *Hello Managerial Economic & Financial Statement Analysis, banyaklah homework menanti. Yelah, subject yang melibatkan calculation ni kalau tak banyak latihan memang harus blur jawab masa exam nanti.


harus cam whored dalam kelas ;p
Anyways, since this is my last semester and after this internship, hope this semester is much much better than previous semesters huhu


BISIK BISIK: Hari tu tengok Bini-biniku Gangster dengan Cik Noni, boleh tahan best cerita tu. Bolehlah buat lepas stress. Lakonan Yana Samsudin mantap. *promote.promote hehe ;p



Saturday, June 25, 2011

SELAMAT TINGGAL

As salam peeps!
I'm in packaging mood..sob3! *ceh,sempat lagi update blog..jangan nak packaging mood sangatla..:p


Selamat tinggal bumi Merbok!
Esok saya akan balik Ipoh..woah,heaven!yelah, bayangkan saya habis final intersesi 21hb..then esok baru saya nak balik Ipoh...wee,bertapa sayangnya saya dekat bumi Merbok ni..*mata ke atas,tangan ke dada HAHA!;p taklah, actually saya nak jumpa tuan rumah sewa saya pagi esok..since housemates saya lagi dua orang tu nak pindah ke Perlis..and before ni,saya dan Cik Noni cakap tak nak stay dah rumah tu..konon nak pindah jugak tapi at last, decide nak stay sampai habis semester depan..tu nak kena jumpa tuan rumah and bincang agreement baru.. *erk,kenapa saya cerita detail ni..korang tak tanya pun kan kenapa saya nak jumpa tuan rumah..=.=
--------------------------------------------------------------------------
Selamat tinggal housemates..
memory:saya, Cik Noni, Cik Ros
Actually saya rindu the old us..Sejak awal tahun ni hubungan kitaorang tak rapat macam dulu..since adik Cik Ros datang duduk sekali dengan kitaorang..bukanlah maksud saya nak cakap adik dia punca hubungan kitaorang jadi macam ni..sumpah takk bermaksud pun..tapi itulah saya dan Cik Noni perasan..entahlah, mungkin sebab Cik Ros dah ada adik dia untuk berkongsi cerita dan masalah..takpalah,kitaorang tak ambil hati pun..

Anyways, Cik Ros..jaga diri baik-baik ye..semoga Cik Ros happy di sana :)
--------------------------------------------------------------------------
Selamat tinggal ayangku Cik Noni..


Hari ni last day kita spend time together..lepas ni dua bulan taw saya tak jumpa kamu..tak dating dengan kamu, kamu jangan sedih rindukan saya taw!haha ;p
jaga diri baik-baik..always text me ok!:)

Oklah,peeps!Nak sambung packaging barang..cuti dua bulan, mesti banyak nak bawa balik..hee
Will update soon!Happy Holidays!

BISIK BISIK: Sekarang dah ada 71 followers..terima kasih sebab sudi baca dan follow blog saya ni..dan terima kasih jugak kepada Mr Syazwan sebab sudi nak promote blog saya..terharu saya!sayang korang ketat2..muahx!

BISIK BISIK: Boleh tolong "like" me and my babe: BFF Contest ? Thank you!:D

BISIK BISIK: Rindu nak dating dengan babe saya dan MR SY!=.="

Tuesday, June 14, 2011

DATING

As salam peeps!

Saya baru lepas dating dengan Cik Noni..disebabkan hari ni kelas habis pukul 10..memang taklah kan muka kitaorang ni nak balik duduk rumah..haha lagipun minggu ni ja last kitaorang together, then nanti nak balik hometown masing-masing sebab final exam untuk intersesi Isnin depan..so Central Square Mall la lokasi dating kitaorang..
 

Disebabkan awal lagi, kitaorang pergilah breakfast dulu dekat KFC..

 
KFC a.m Cheezy Egg Bun Combo..perghh, sumpah sedap!murah pun murah, RM 4.20 ja..;)

 
Antara muka saya dengan Cik Noni, siapa yang lapar sangat??;p

After having our breakfast, kitaorang pergilah beli tiket movie KL Gangster..yelah, saya pun tak naklah ketinggalan tengok movie box-office ni kan..walaupun Cik Noni dah tengok dengan En Boyfie, saya paksa jugak dia tengok lagi sekali..haha padan muka dia!;p
  
Disebabkan KL Gangster lambat lagi nak start, kitaorang pun pergilah main boling..gila lama tak main boling..last main, Cik Noni menang so kali ni saya nak kalahkan dia pulak..;p
 
Lek luu, snap pic luu..;p

 
Aceceh, masing-masing nak tunjuk skill Shalin Zulkifli..;p 
dan akhirnya kemenangan berpihak kepada..saya lah!:)

Pukul 1.45pm tu kitaorang masuk lah panggung..gila penuh panggung..terkial-kial nak cari tempat duduk dalam gelap sebab kitaorang masuk pun agak lambat jugak..nak tangkap gambar dalam panggung pun tak sempat..aish

KL Gangster sumpahhhhh besttt..berbaloi duit tiket..dengan Zizan yang gila kelakar, abang Aaron and Ady Putra yang gila machooo, dan aksi-aksi diaorang..perghh,memang best la..

Sekarang ni tak kira lu abang long ka, ayahanda ka..ni panggung gua yang pegang..;p
Syabas, Syamsul Yusof!

After tengok KL Gangster, kitaorang pergi isi perut yang duk nyanyi lagu keroncong dengan Nasi Goreng Daging Merah dan Nasi Goreng Hailam..

 

 
Nasi Goreng Daging Merah+Nasi Goreng Hailam

Lepas ni dua bulanlah saya tak boleh nak dating dengan Cik Noni..mesti saya akan rindu dia..haha nak dating dengan MR SY pun dia jauh..aishh lonely saya nanti..sob3
 
 
Meh cium sikitt..haha

Oklah, cukup-cukuplah tu enjoy..lepas ni kena focus untuk final exam hari Isnin depan..uwaa, takutt..wish me luck peeps!

BISIK BISIK: Tolonglah "like" gambar saya+BFF saya..:) BFF Contest..

BISIK BISIK: Sangat jealous dengan MR SY yang nak pergi tengok Liverpool datang Malaysia..uwaaa, dia bukan nak bawa saya..sampai hati!:(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...