As salam peeps!
Woah,tajuk entry..macam nak jadi Dr Cinta pulak kan..haha bukan apa, hari-hari saya tengok kat newsfeed FB kawan saya seorang ni update status asyik frust menonggeng bagai..duhhh, kasihan benor den tengok dia..tiba-tiba rasa terpanggil *chewahh nak buat entry pasal ni..
So what to do after a break up?*ceh,speaking ye engkau..;p
1. Mengadulah kepada Yang Esa..Allah Maha Mengetahui..ajal maut jodoh pertemuan semuanya ditentukan olehNya..berdoalah,mengadulah,menangislah kepadaNya..Allah sentiasa ada untuk hamba-hambaNya..dan di sini jugak kita akan temui ketenangan..
2.Simpan segala kenangan bersamanya..Masa bercinta dulu, mesti ada barang-barang yang EX kita bagi kan..so daripada kita tengok barang tu dan kita akan sedih, better kita simpan segala gambar kenangan dan barang-barang yang EX kita pernah bagi tu di tempat yang kita tak akan nampak..ataupun pulangkan barang tersebut kepada dia..ataupun buang terus..
3.Sibukkan diri..Jangan biar diri kita ni sendirian..sebab masa sendirian ni lah,kita akan fikir dan kenang semua kenangan bersamanya dulu..EX kita tengah happy dengan orang lain, kita sedih terfikirkan dia..so better kita sibukkan diri dengan aktiviti seperti rock climbing ke, go-kart ke,panjat gunung ke..kan boleh hilangkan masalah dan sedih kita tu..
4.Keluar dengan kawan-kawan..ajak kawan-kawan pergi shopping, tengok wayang, main futsal, atau melancong..kita akan rasa gembira dan tak sedih lagi dan mungkin jugak masa ni kawan-kawan kita akan kenalkan kita dengan seseorang..weet.weet
5.Melancong..Ambil cuti beberapa hari dan pergilah melancong sendirian..masa inilah kita boleh redakan kesedihan dan tenangkan fikiran..dan mungkin kita boleh berjumpa dengan kawan baru
6.Hargai diri sendiri..Pergi saloon rambut atau spa kecantikan..Ubah gaya rambut atau penampilan kita dan jadi THE NEW YOU..jadikan diri kita ini rasa hebat dan buatkan dia menyesal tinggalkan kita..
7.Fokus kepada masa depan kita..Putus cinta bukan pengakhiran segalanya..masa inilah kita fokus kepada kerjaya atau pelajaran kita..jadikan ini sebagai satu semangat untuk kita berjaya dalam hidup..
8. Mempersiapkan diri untuk hubungan yang baru..Masa ini, biar kita betul-betul sudah bersedia dan sudah pulih daripada kekecewaan yang lepas..jangan kita menjalin hubungan yang baru kalau sekadar mahu membalas dendam atau benci kepada EX kita..
Saya pun bukan pandai mana nak nasihatkan orang..saya pun pernah frust bercinta jugak..tapi sebagai manusia kita kenalah pandai-pandai handle perasaan kita ni..ye dok?
Teringat kata-kata Dr HM Tuah:
## Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah... kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas.
## Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya! Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya 'terpaksa' bercinta dengan Allah.
BISIK BISIK: Semoga saya tak akan frust bercinta lagi..Aminn :)
10 comments:
Saya akan makan banyak2:)
tieykah: tu pun bagus jugak :D
haha! terasa weh ;p siapa la gerangan yg frust menonggeng tuh ea ;p
pernah frust dan pernah melakukan perkara di atas. dan sy berjaya melupakannya :)
kata HM tuah tu power...aku suka... =)
alia: bukan kamu la..orang lain..heee :)
ezan: yea,bagusla..alhamdulillah awak berjaya mengharunginya :)
naim: kan!kata2 tu la buat aku kembali positif :)
fuyoh..hebat lah dr.love bagi tips ;D hehe
bisik-bisik<--AMIN :)
nanad: haha dari pengalaman dulu2..:)
Post a Comment