Saturday, January 7, 2012

AKU SEBUAH TELEFON BIMBIT

Aku dilahirkan sebagai sebuah telefon bimbit. Namaku Samsung SGH-Z170, abang kepada Samsung Galaxy-galaxy yang ada sekarang ini. Aku dilahirkan di Korea. Badanku berwarna hitam tetapi aku disediakan dengan kulit yang lain yang berwarna merah supaya nanti mudah untuk aku jika ingin bersalin kulit. Pada suatu hari, aku dibawa ke Malaysia bersama rakan-rakanku yang lain. Aku dijual di sebuah kedai telefon bimbit dengan harga RM700++. 


Aku kemudian dimiliki oleh seorang gadis yang comel. Dan bermulalah perkhidmatanku yang tidak berbelah bagi kepada tuanku. Aku digunakan untuk menghubungi sesiapa yang diinginkannya, menyampaikan pesanan ringkas, dan menyimpan pelbagai data. Aku juga bertugas menjadi jam loceng kepada tuanku.


Setelah digunakan selama dua tahun, aku mula jatuh sakit. Tenagaku semakin lama semakin kurang. Tetapi aku setia untuk berkhidmat dengan tuanku walaupun kadang-kala aku merajuk kerana terdengar tuanku ingin menggantikanku dengan adikku, Samsung Galaxy.


Semakin lama, aku sudah tidak berdaya lagi dan pada suatu malam, aku sudah tidak boleh meneruskan khidmatku lagi. Kemudian, tuanku beralih kepada Pakcik Motorola yang kudratnya tidaklah berapa kuat.


Dan baru-baru ini, Pakcik Motorola juga sudah tidak berdaya untuk memberikan khidmatnya kepada tuanku. 


Kepada tuanku, tak reti-reti lagi nak cari pengganti kami??


BISIK BISIK: Handphone saya rosak terus!Sekian. :'(

4 comments:

Eera Shera said...

tu la luahan hati sebenar henpon..sedih je bunyinye haha ;)

Shurazirah Sukhur said...

eera shera: tunggu luahan dari tuan dia pulak.haha :p

tieykah said...

hehehe

sabar ek yang?

Shurazirah Sukhur said...

tieykah: yeah, haruslah sabar.huhu :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...