Saturday, August 13, 2011

KISAHNYA RAMADHAN: Kedai Mamak


As salam peeps!

Alhamdulillah dah 13 hari kita berpuasa. So amacam puasa korang setakat ni?Saya masih lagi penuh, tak dapat lagi “cuti khas” hihi dan harap-haraplah dapat penuh sampai ke akhir Ramadan, insyaAllah :)

Hari tu saya lalu depan kedai mamak ni. Terserempak pulak dengan seorang pakcik ni baru keluar dari kedai mamak ni dengan beg plastik hitam. Apakah?? Sakit hati je tengok. Aishh, dah tua-tua pun tak puasa jugak ke pakcik? Yang tauke kedai mamak ni pun satu. Tutuplah sekejap kedai tu waktu siang. Biarlah untung sedikit tapi ada berkatnya. Ni tak nama kedai “Restoran Barkat” tapi berkat apa kalau bersubahat jual makanan dekat orang Islam yang tak puasa. Aishh, tak faham saya.

Maaflah kalau entry saya ni teremo tapi saya malu tengok pakcik ni pergi beli makanan dekat kedai mamak tanpa segan silu. “Kubur dah kata mari, rumah dah kata pergi” pun masih tak berpuasa. Tapi tak tahulah kalau-kalau pakcik tu sakit gastrik ke atau beli untuk anak dia yang tak puasa kan..huhu. Tapi kalau betul dia tak puasa, saya doakan pakcik tu diberikan hidayah untuk berubah.


BISIK BISIK: Ya Allah, Kau lindungilah lelaki-lelaki yang aku sayang daripada tergolong dalam golongan pakcik tu. Amin~


6 comments:

Farhana Jafri said...

kalau ye pun anak nak makan, np xmasak sndiri je.. melampau la org melayu skrg.. bulan puasa pun x hormat.. pe nak jadi... hmm~~

Shurazirah Sukhur said...

farhana jafri: kan!malu dan sakit hati..orang muda dan orang tua sama naik ja..huhu

tieykah said...

semoga lelaki kita sayang adalah lelaki yang soleh

amin:)

Shurazirah Sukhur said...

tieykah: yeah, amin :)

NaimJamaluddin said...

amin...semoga doamu dimakbulkan...hehe

Shurazirah Sukhur said...

naim: insyaallah..amin :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...