Wednesday, August 24, 2011

AIDILFITRI YANG DINANTI

As-salam peeps!

Sorry for lack of updates. Rindu saya tak? Oh, saya pun rindu korang semua :) *aiceh, ada ke orang nak rindu saya?huhu. Alhamdulillah, sudah sampai ke 24 Ramadhan. Cepat betul masa berlalu kan. Sedar tak sedar dah nak ke penghujung Ramadhan. Mudah-mudahan amal ibadat kita semua diterima oleh-Nya. Sedih nak tinggalkan Ramadhan. Adakah ini Ramadhan terakhir saya? Wallahualam. :’)

InsyaAllah, lebih kurang seminggu lagi kita akan menyambut Aidilfitri. Macamna dengan persiapan korang semua? Persiapan menyambut Aidilfitri saya kali ni mungkin sederhana. Sepasang baju baru sudah siap dijahit. Entah kenapa rasa macam tak ada nafsu nak shopping raya. Mungkin masih awal lagi kot jadi mood shopping tu tak sampai lagi. Tengoklah macamna nanti, mungkin dua tiga hari sebelum raya nanti baru nak pergi shopping *mana tahu boleh dapat harga murah ke ;p Haha tak apalah, asalkan ada sepasang baju baru itu dah cukup bersyukur.

Insyaallah, Aidilfitri tahun ini keluarga saya akan menerima kehadiran ahli baru. Kakak sulung saya tengah tunggu masa untuk bersalin. Wee, tak sabar nak tunggu kelahiran seorang lagi hero kecil.Semoga kakak saya dipermudahkan segalanya.

Apapun, diharapkan keghairahan kita dalam membuat persiapan Aidilfitri tidak menandingi keghairahan kita dalam mengimarahkan hari-hari terakhir Ramadhan ni. :)
Yang ni gambar raya tahun lepas. Siapa comel lagi?kihkih

BISIK BISIK: Menunggu kedatangan si dia.  *wink! ;)

Tuesday, August 16, 2011

MAMA BOSAN EPISOD 2

 As salam peeps!


Sumpah bosan malam ni. Dahla dengan broadband non ado, cerita dekat tv macam haremm tak best, nak mesej dengan MR SY, dia dah tidur. Sudahnya buka laptop, dengar lagu, golek-golek dengan Teddy.

Sejak-sejak tak boleh nak online ni, apa pun tak boleh ..nak update blog, blog walking, online fb, layan youtube semua tak boleh.  Aihh, sabar ja lah labu. Bilalah nak jumpa pengganti MR C ni..huhu. Agak-agak rasa gian nak menaip, buka Microsoft word taip apa yang patut dan save as draft.

Tengah-tengah bosan ni, mulalah rasa nak berphotoshoot haha. Itulah akibatnya kalau dah tak ada kerja, Mama Bosan in the House kembali lagi...........

maaf atas photogedik saya ni =.="
BISIK BISIK: Mama Bosan in the House episode 2 ni bersiaran pada pukul 12.35 am, 16hb Aug dan entry ni diupdate keesokan paginya. Harap Maklum. teeheee :D

Saturday, August 13, 2011

KISAHNYA RAMADHAN: Kedai Mamak


As salam peeps!

Alhamdulillah dah 13 hari kita berpuasa. So amacam puasa korang setakat ni?Saya masih lagi penuh, tak dapat lagi “cuti khas” hihi dan harap-haraplah dapat penuh sampai ke akhir Ramadan, insyaAllah :)

Hari tu saya lalu depan kedai mamak ni. Terserempak pulak dengan seorang pakcik ni baru keluar dari kedai mamak ni dengan beg plastik hitam. Apakah?? Sakit hati je tengok. Aishh, dah tua-tua pun tak puasa jugak ke pakcik? Yang tauke kedai mamak ni pun satu. Tutuplah sekejap kedai tu waktu siang. Biarlah untung sedikit tapi ada berkatnya. Ni tak nama kedai “Restoran Barkat” tapi berkat apa kalau bersubahat jual makanan dekat orang Islam yang tak puasa. Aishh, tak faham saya.

Maaflah kalau entry saya ni teremo tapi saya malu tengok pakcik ni pergi beli makanan dekat kedai mamak tanpa segan silu. “Kubur dah kata mari, rumah dah kata pergi” pun masih tak berpuasa. Tapi tak tahulah kalau-kalau pakcik tu sakit gastrik ke atau beli untuk anak dia yang tak puasa kan..huhu. Tapi kalau betul dia tak puasa, saya doakan pakcik tu diberikan hidayah untuk berubah.


BISIK BISIK: Ya Allah, Kau lindungilah lelaki-lelaki yang aku sayang daripada tergolong dalam golongan pakcik tu. Amin~


Tuesday, August 9, 2011

BROADBAND OR BERUKBAND!

As salam peeps!

Grrr geram.Rasa nak campak modem broadband ni dalam sungai.Tapi sebelum tu saya nak bako dulu. Bila dah jadi abu, baru campak dalam sungai *ceh, macam kes Sosilawati ja. Grrrr tengah-tengah KAYAp ni lah dia nak buat hal. Aishhh mulalah saya rasa nak curang dengan MR SY MR Celcom *tak baik curang hati.nanti orang curang balik dengan kita..ha maw? curang dengan broadband takpa..:p



So kalau saya kurang update tu, maaflah ya *ya.ya, Imissyou too.Eh tiba-tiba ;p dan maaf tak dapat nak singgah blog korang. Kalau nampak saya update tu, *macam sekarang ni tu maknanya saya telah memberi sumbangan ikhlas kepada cyber cafe *ikhlasnyewwww. Insyaallah kalau saya dah jumpa pengganti MR C, saya akan kembali semula.

Till then..

BISIK BISIK: Nasib baiklah kerajaan umum nak bagi bonus, sejuk hati sikit  *ceh, mak ayah, abang, dan kakak engkau yang dapat bonus, engkau pulak over :p   *ah, kisah?yang nampak sekarang duit raya lebih tahun ni $$$$$$$

Sunday, August 7, 2011

WHAT GOES AROUND COME AROUND

As salam peeps!


Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.Kita tak tahu apa yang ALLAH dah rancangkan untuk kita.Mungkin kita rasa dia jodoh kita, tapi kalau ALLAH dah takdirkan dia bukan untuk kita, memang dia bukanlah.Kalau jodoh kita dengan orang tu sehingga akhir hayat, Alhamdulillah tapi kalau bukan, kita harus menerima dengan redha sebab ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA.


Kadang-kadang takut jugak kalau-kalau kecewa lagi di tengah jalan..tapi itu tak bermakna kita tak boleh berusaha untuk bahagia dan mempertahankan kebahagiaan kita.Berdoalah yang terbaik.


BISIK BISIK: Tiba-tiba nak berceramah pasal jodoh pertemuan pulak. Entahlah, cuma simpati dan tumpang sedih dengan nasib pihak perempuan bila si pihak lelaki membuat keputusan untuk putus kasih. Sudahlah tanpa sebarang alasan..menafikan pulak wujudnya orang ketiga. Tup tup, tersebar pulak gambar berpegangan tangan..camno tu?? aishhh he's might be forgot, what goes around come around. :)

Saturday, August 6, 2011

DOA SEORANG HAMBA

Ya Allah,
Tak pantas rasanya hamba ini memohon kepadaMu
Kerana tak sepadan pengabdian hamba padaMu
Memang hati ini selalu terpaut kepadaMu
Tapi kenapa Kau masih terasa jauh

Ya Rabbi,
Hamba ini tahu Engkau ada
Tapi mengapa
Lidah ini, tangan ini, mata ini, raga ini
Masih tidak takut kepadaMu

Ya Allah,
Tolong jangan Engkau kurangi taqwa hamba ini
Berilah kekuatan, keistiqamahan, serta rahmatMu
Agar hidayah ini tak berpaling kepadaMu

Ya Khaliq,
Berilah yang sememangnya Engkau anggap yang terbaik untuk hambaMu ini
Sujud ini, solat ini, hidup dan mati ini
Hanya demiMu Ya Allah
Tuhan Semesta Alam

Wednesday, August 3, 2011

WORDLESS WEDNESDAY: KATA SEORANG TEMAN

 
"tak perlu suami yang kaya , tapi tanggungjawab entah ke mana . biarlah dia seorang yang bersederhana , asal tahu menjaga hati kecil isterinya"

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN

As salam peeps!

Hari ni 01hb Ogos bersamaan dengan 01 Ramadhan. Alhamdulillah, syukur kerana Allah masih memberi kesempatan kepada saya dan keluarga untuk bertemu dan merasai Ramadhan lagi..

Teringat kenangan saya berpuasa di rumah sewa tahun lepas. Bila dah duduk di rumah sewa, mesti kena masak sendiri untuk berbuka*hidup di perantauanlah katakan haha. Kalau saya yang masak, tak lain tak bukan masak merah dan masak kicap sebab tu ja saya taw masak haha *nasiblah siapa jadi laki engkau shurazirah oii..;p tapi kalau gulai-gulai macam masak lemak atau kari, selalunya Cik Ros yang akan masak. Cik Noni banyak tolong makan ja sebab dia tak confident masak bagi orang makan hasil air tangan dia cehh.Kadang-kadang kalau kitaorang bosan atau malas nak memasak, kitaorang akan pergi bazar ramadhan atau makan dekat kedai. Kalau sahur, selalunya makan roti cicah dengan milo..takpun makan nasi dengan telur goreng letak kicap *sedap ooo..kalau rajin terlebih, goreng nasi. Cik Ros dan Cik Noni tak bangun sahur, kalau bangun pun diaorang hanya minum air kosong then tidur balik..tapi saya tak boleh, kena bangun dan makan yang heavy sebab kalau tak, saya akan gastrik dan sakit kepala..=.="

Disebabkan Cik Ros ni rajin, dia ambil kesempatan berniaga roti jala, kuih cara, dan air soya depan rumah. So dalam pukul 2.00 petang tu dah startlah buat roti jala dan kuih cara..sebab pukul 5.00 petang, dah start berniaga. Kalau saya dan Cik Noni takda kelas petang, kitaorang akan tolong Cik Ros..nama pun housemates kan, kenalah saling menolong *apa yang penting..KERJASAMA..eh,tiba-tiba..




Tahun ni saya berpuasa di rumah..walaupun seronok sebab dapat berpuasa dengan family tapi saya rindu suasana berpuasa di perantauan *aicehhh..Rindu sama-sama sediakan juadah berbuka, rindu sama-sama sediakan roti jala dan kuih cara dan apa yang paling saya rindukan, rindukan keakraban kitaorang dulu dengan Cik Ros..:'(

Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam..semoga amalan kita pada Ramadhan kali ini bertambah dan menjadi lebih baik daripada sebelumnya..

BISIK BISIK: Harap dapat puasa penuh tahun ni..kalau tak, jangan salahkan wanita kerana dibenarkan makan di bulan puasa kihkihkih :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...